Saranghaeyo, Arumi!

Friday, September 21, 2012


ISBN-13: 978-967-408-091-4
Tarikh Terbit: 1 May 2012
Jumlah Muka Surat : 376

Pertembungan Aiyani dengan Arumi Aisy, memulakan segalanya.
Aiyani yang aegyo, menarik minat Arumi yang selama ini dingin kepada gadis lain di kolej.
Biarpun mereka bagaikan kucing dan anjing, Arumi menemukan bahagia di kafe comel milik ibu Aiyani.
Surat-surat hitam memaksa Arumi menyingkap tabir dirinya yang selama ini penuh misteri dan rahsia.
Sehingga akhirnya Aiyani mula yakin bagi mengucapkan, 'saranghaeyo, Arumi', tetapi saat itu memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.

Continue Reading...

Blues Amni - Cik Propagandis




ISBN-13: 978-967-408-042-6
Tarikh Terbit: 26 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 288

Ikuti sambungan kisah hidup Amni. Dalam siri ini, Amni tidak pernah menyangka dia akan bertemu dengan seorang propagandis - orang yang menyebarkan propa­ganda.
Kehadiran Syura, kerani akaun baru di PSK Alloy menambahkan lagi bencana dalam hidup Amni. Bertambah pening apabila ada pereka yang sibuk meminta-minta komisen projek daripada Amni. Amni terasa mahu lari ke Gua Niah!
Adam yang menyedari keperitan Amni, menawarkan kerja di firmanya. Bern pula seperti biskut, sekejap ada, sekejap tiada dalam hidup Amni.
Dapatkah Amni mempertahankan kesabarannya demi mencapai cita-cita menjadi pereka besi paling berjaya seantero Malaysia? Ataupun Amni terpaksa menguburkan sahaja impian itu?
Continue Reading...

Blues Amni - Oh Kerja!



ISBN-13: 978-967-5783-63-0
Tarikh Terbit: 14 Mar 2011
Jumlah Muka Surat :

Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja akibat rasa sengsara.
Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan kesengsaraan Amni dengan:
*Mr. Phua- Bos yang suka mengarah-arah dan marah-marah melulu serta mata duitan.
*Mun Heng- Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru yang pentingkan diri sendiri.
*Adam (merangkap anak Tan Sri)- Arkitek muda pemilik Adam J. Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.
Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya melayani klien yang heboh dan cerewet Amni yang sering diminta bos supaya melawat tapak projek bertemu klien secara langsung!
Semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!
Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaaan dalam pekerjaan yang dialami Amni.
Continue Reading...

Avian Arisa

Tuesday, November 29, 2011


oleh Lily Haslina Nasir, Rose Harissa
Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-0142-57-9
Tarikh Terbit: 20 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 200ms warna warni
Kategori: Remaja
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Continue Reading...

...Dan Cinta Pun Tersenyum.

Wednesday, December 22, 2010


RM 23.90 (RM 26.90 Sabah/Sarawak)
636 mukasurat
Terbitan NB Kara

_____________

PROLOG
NAMANYA Ervan Prima Sakti. Usianya 27 tahun. Anak tunggal pasangan Tuan Mahendra Gaudiamo dan Puan Zurina binti Ahmad. Tuan Mahendra keturunan Indonesia (suku Betawi)-Belanda, sang konglomerat terkemuka di Jakarta. Puan Zurina, wanita Melayu berasal dari Johor, pereka barangan kemas ternama di Indonesia.

Ervan Prima Sakti, berketinggian 187sm. Ukur badannya, chest 40 – waist 31 – hips 36. Wow! Boleh bayangkan? Lumayan ganteng! Keren! Apatah lagi bila dia memandu kereta Mitsubishi Evolution 9.

Tapi dia tidak sakti pun seperti namanya!

However, I am Indonesia’s Most Eligible Bachelor.
Ya, Ya… Most Eligible Bachelor yang makanan kegemarannya Ayam Penyet!

Well, I’ve got Bachelor of Science in Media Arts & Animation from The Art Institute of California-Hollywood. What a prestige institute at a glamorous part of the world!
Ya. Dan kerana dia terasa seperti bintang Hollywood, maka dia hanya tahu bergaya di hadapan kamera dan membina badan di gym. Buang masa!

Would you please mind your words? I am the only son and I’m worth it!
Ya. Dan dia juga anak tunggal yang hanya tahu menghabiskan duit ibu bapanya!

Watch out your mouth! Kamu jangan omong sebarangan sih! Dasar bawel!

Ya. Bila bercakap bahasa Inggeris, bersepuh American’s slang. Tapi bila bercakap Melayu, ledut loghat Indonesia!

Hey! Mind your own business!

Surihani! Benar-benar sakit jiwa dengan cewek yang satu itu! Kayak otaknya harus dioperasi! Norak banget! Konyol!

Dan dia pastinya cewek terakhir di muka bumi ini yang layak aku kencani!

Bab 1
SUARA ketukan pintu bertalu-talu mengganggu tidur Ervan. Kepalanya terangkat daripada bantal sambil telinga mengamati suara yang memanggil namanya, diiringi ketukan tidak henti-henti itu. Namun, dia tidak menyahut. Bahkan mencapai sebiji bantal lagi yang berhampiran lalu memekup telinganya.

For God sake pleaseeeee… let me sleep in peace! Lena Ervan kembali bersambung.

Namun sekejap kemudian, dia terasa bantal yang dipekupkan ke mukanya terkalih. Lantas, matanya yang begitu dikuasai oleh rasa kantuk, terbuka perlahan. Dipisat-pisatkan beberapa kali sambil mengubah posisi daripada meniarap kepada menelentang. Dalam kabur pandangan, matanya menangkap kelibat mama, Puan Zurina duduk di birai katil.

“Bangun… Ervan sayang. Sudah hampir pukul sebelas.” Suara lembut Puan Zurina menyapa.

“Hari ini hari libur, ma… biarin aku tidur seenaknya, ma…” Ervan mendesah dengan mata terpejam-pejam. Terasa tangan mama mengelus lembut rambutnya. Dia tersenyum manja, semakin rasa mahu lena lagi.

“Kamu pasti tidak solat subuh tadi, bukan? Ke mana saja kamu malam tadi, Ervan? Jangan beritahu mama, kamu minum bir di kelab!”

Mendengar tuduhan itu, Ervan bingkas bangun. Matanya bulat memandang Puan Zurina. Kesempatan itu lantas diambil oleh Puan Zurina lalu menghidu tubuhnya. Mencari bau arak. Cukup bimbang jika Ervan mengambil minuman ‘haram’ itu.

“Ma! Aku ngaku aku nggak solat tadi subuh. Tapi aku sumpah aku nggak pernah minum, ma! I know it’s not good for health! Aku cuma berhibur sama teman-teman.” Ervan mengangkat tangan kanannya ke sisi bahu, membuat ikrar.

“Tapi pokoknya, intinya kamu tidak solat! Ervan, solat hukumnya wajib, bahkan bagus untuk kesihatan. Senaman untuk tubuh!” kilas Puan Zurina sambil menjeling mencari reaksi Ervan.

Serta-merta Ervan tertunduk. Tidak mampu untuk mempertahankan dirinya lagi.

“Kamu harus sedar diri, Ervan. Kamu sudah 27 tahun. Mama tak mahu lihat kamu terus-terusan dengan cara hidup begini. Walau di mana pun kita ini, kamu harus ingat bahawa kita ini Muslim. Islam!” Sayu hati Puan Zurina menuturkan kata-kata itu. Terasa dirinya sudah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik. Walaupun sudah diberikan didikan yang sempurna, namun Ervan tidak menjadi Muslim yang baik. Apakah semua ini salahnya sebagai ibu?

Puan Zurina asalnya dari Johor. Tapi sudah 30 tahun menetap di tanah Jakarta kerana mengikut suaminya, Tuan Mahendra Gaudiamo, lelaki berdarah campuran Betawi - Belanda. Malah suku Betawi itu sendiri berasal daripada hasil kahwin-mahwin antara etnik dan berbagai bangsa pada masa lalu. Secara biologi, mereka yang mengaku sebagai orang Betawi adalah keturunan kaum berdarah campuran aneka suku dan bangsa yang didatangkan oleh Belanda ke Batavia. Orang Betawi adalah penduduk asal Jakarta.

Ada beberapa hal yang positif daripada orang Betawi. Jiwa sosial mereka sangat tinggi, walaupun terkadang dalam beberapa hal terlalu berlebih dan cenderung tendensiusi. Mereka juga sangat menjaga nilai-nilai agama kepada anak-anak mereka. Masyarakat Betawi sangat menghargai pluralisme. Hal ini terlihat dengan hubungan yang baik antara masyarakat Betawi dan pendatang dari luar Jakarta.

i 1 bersifat berpihak; 2 suka menyusahkan (melawan); rewel

Namun, Ervan sering bangga diri kerana punya darah campuran Belanda daripada Tuan Mahendra, juga campuran etnik Betawi. Kerana itu, dia lebih senang berbahasa Inggeris dan Indonesia. Sesekali dua beranak itu bercakap loghat Betawi yang banyak menggunakan huruf ‘e’ di hujung perkataannya bagi menggantikan huruf ‘a’. Biarpun Puan Zurina berusaha menerapkan loghat Melayu dalam percakapan seharian, namun Ervan sudah terikut-ikut dengan gaya hidup kebaratan semenjak menyambung pelajaran di luar negara. Terlalu mencintai kehidupan malam di Jakarta.

“Ma… I’m so sorry. Please… forgive me!”
Ervan meraih tangan mamanya. Cepat sahaja dia merasai mama terkilan dengan sikapnya. Biarpun kelakuannya agak liar tetapi di dalam hati, mama tetap insan termulia.

“Maafin aku ya, ma?” pinta Ervan lagi lalu cuba mencium pipi mamanya.

“Gosok gigi kamu dulu, baru cium mama!” Puan Zurina menolak lembut kepala Ervan dan sengaja mencebirkan bibir.

“Iihhh… mama! Aku ini anak mama! Kok jijik, sih?” Ervan memuncungkan bibir. Pura-pura merajuk. Puan Zurina tergelak perlahan. Spontan tangannya menggosok-gosok kepala Ervan.

“Ya, sudahlah. Lekas mandi, papa nak berjumpa dengan kamu. Ada yang mahu dibicarakan. Penting! Tentang masa depan kamu!” Dia bangun, memandang Ervan yang masih termangu di atas katil. Sejurus kemudian, dia keluar meninggalkan anak terunanya itu.

Penting? Masa depan? Lho? Kok bunyinya serius amat? Ervan tertanya-tanya sambil menggaru-garu kepalanya.

*******************************************
WHAT?!” Mata Ervan terbuntang luas. Tangan kanannya menggosok-gosok cuping telinga. Apa dia salah dengar?

“You’re kidding right, papa?” Ervan menyoal sambil mula tersengih tidak percaya memandang papanya. Dia masih menyangka bahawa papanya sekadar bergurau menyampaikan hasrat itu.

“No, I’m not. I’m telling you the truth.” Tuan Mahendra tenang sahaja. Dia sudah menduga reaksi Ervan bakal jadi begitu kaget.

“Oh my… my… mama! I don’t believe it… papa just joking, right?” Ervan beralih pandang pada Puan Zurina yang setia di sisi Tuan Mahendra. Muka Ervan beransur pucat.

“Percayalah, sayang. Papa tak main-main dalam soal ini. Papa sudah siapkan segala dokumen untuk urusan imigresen. Lagipun, ini sebagai menyahut promosi kerajaan Malaysia, Malaysia My Second Home Programme untuk warga asing seperti kamu dan papa.” Puan Zurina tersenyum geli hati melihat anak tunggalnya itu yang sudah tidak senang duduk.

“Tapi bukankah program itu perlu uang yang banyak sebagai bukti bahwa aku yang muda di bawah umur 50 tahun ini lulus buat program itu?” tanya Ervan seakan-akan menemui poin buat mematahkan hajat papa dan mamanya itu.

Tuan Mahendra tersenyum mendengarnya. Kemudian dia mula bersuara, “Everything settled. For your information, I’ve open a fixed deposit account of RM300,000.00 due to the requirement. Prima Sakti Resort already transfered as your own properties to fully support the application. It’s worth more than RM3 millions! More than enough to eligible you to stay in Malaysia on MM2H programme.”

How could papa do this to me?” Ervan ternganga. Bukan terkejut mendengar wang ringgit dan harta yang diterimanya, tetapi kerana papa sudah siap menguruskan semuanya dengan teliti. Dia tidak terkata lagi lalu merebahkan kepala ke sofa. Dia bungkam.

This is for your own goods,” balas Tuan Mahendra.

Hati Ervan benar-benar menggelepar mendengar kata-kata Tuan Mahendra. Permintaan papanya itu amat berat untuk dilaksanakan. Jika dihitung kira, belum sampai setahun dia berada di tanah kelahirannya, Jakarta setelah menghabiskan masa selama lima tahun belajar di Hollywood. Pulang sahaja ke Jakarta, dia disambar menjadi model. Semuanya gara-gara kemunculan kali pertamanya yang begitu mencuri tumpuan di majlis pelancaran barangan kemas rekaan baru Puan Zurina. Nama Ervan mendadak naik membuatkan dia digilai ramai gadis. Dan baru minggu lepas dia diumumkan sebagai Indonesia’s Most Eligible Bachelor.

Dan lagi… ah! Kemasyhuran yang baru sahaja dikecapi itu bakal lenyap daripada hidupnya jika dia menurut permintaan papa.

“I don’t want to be there! Aku nggaki akan kebiasaan tinggal di pulau!” Ervan cuba membantah. Mudah-mudahan papa akan menarik balik arahan itu.

“Asal kamu tahu, Ervan… papa sudah bina satu banglo di sana. Resort kita itu semakin berkembang. Terus, jika kamu tinggal di sana, kamu bisa mengawasi segalanya. In other words, kamu adalah tuan punya resort itu.” Tuan Mahendra menerangkan tujuan sebenarnya.

“Ngapain papa nyuruh-nyuruh aku sembarangan kayak gitu? Bukannya mama yang ngurusin tuh resort?” soal Ervan bernada protes. Mukanya cemberut.

It’s your turn now. The thing is, we are going to stay there sooner or later!” Tuan Mahendra menekan suara. Sedar anaknya sudah tidak boleh dimanjakan lagi. Biar anak bujang tunggalnya itu belajar erti kesusahan. Terlambat untuk melenturnya, tetapi lebih baik daripada tidak pernah mencuba langsung.

What?!” Buat sekian kalinya mata Ervan terbelalak. Tetapi kali ini kerana terlampau terkejut mendengar ayat terakhir daripada papanya itu. Mereka bakal tinggal di pulau itu? Arghhh!!! Nggak mungkin!

I know it may be a little difficult for you to get used to. No traffic honks, suits and power dressing. It’s might be tough to just let go your everyday chores and routine but once the island breeze lulls you into that dream-like state, it’s will be difficult to leave…” Tuan Mahendra memujuk dengan kata-kata manis sekali.

Namun, Ervan semakin terngadah mendengarnya. Terasa dirinya benar-benar telah diterorii!

i tidak - singkatan nggak = gak @ tak
ii usaha menciptakan ketakutan, kengerian, dan kekejaman oleh seseorang atau golongan;


Bab 2

“APA elui bilang? Say it again Ervan!” Irawan terjerit lalu melepaskan dumb-bell. Memandang Ervan yang sedang melakukan workout di mesin pentural-fly dengan gigihnya. Lagak seperti mahu jadi ahli bina badan terulung. Mujur sahaja tubuh badan Ervan yang lampai itu tidak keterlaluan berotot. Cuma hasil rutin teratur di gym, susuk Ervan tampak maskulin sempurna. Bonus kepada wajah tampan darah campuran yang dimilikinya.

Yeah, I’m going to stay at Pulau Besar, Johor! Malaysia!” Sedikit keras suara Ervan mengulangi apa yang sudah diberitahunya sebentar tadi. Lagi pula dia agak terganggu kerana dalam masa yang sama, masih melakukan workout. Regangan tangan ke depan, ke sisi itu membuatkan otot lengan dan bahunya menyembul. Turun naik mengikut rentak gerakan yang dilakukan.

“Lu bercanda! Masa sih lu gampang ke sana Ervan? Lu tega ninggalin Jakarta? Karier modeling lu gimana? Sana punya disco-tech nggak? Fitness club? Spa? No more rich and famous life, am I right?” Bertubi-tubi soalan diajukan oleh Irawan.

“Gue nggak tau, Ir! Sama sekali nggak tau semua itu. Pokoknya gue tetap harus ke sana karena papa bilang kami semua bakalan tinggal di pulau itu. Sooner or later!” Muka Ervan semakin memerah. Geram sungguh mendengar pertanyaan Irawan itu.

i awak; engkau - gelaran sesama teman

“Apa?! Artinya, lu bakal jadi warga Malaysia?” Mulut Irawan ternganga luas.

Terasa dunianya bakal jadi jadi gelap-gelita. Dia bakal kehilangan teman sejati. Kerana walaupun mereka sama-sama tinggal di kawasan paling elit di Jakarta iaitu Pondok Indah, namun keluarga Ervan jauh lebih kaya daripada keluarganya. Papanya cuma punya firma arsitektur di Wisma Pondok Indah 2. Sedangkan papa Ervan punya cabang perusahaan seperti tekstil, pembalakan dan barang kemas! Ervan benar-benar lahir dalam dulang emas dan menikmati kehidupan sebagai anak tunggal seenaknya. Namun Ervan tidak pernah lokek dengannya. Mereka sudah bersahabat sejak dari kecil dan sama-sama melanjutkan pelajaran di Amerika.

“Iya! Mama gue-i kan asalnya Malaysia? She sacrificed her life to marry my papa. Papa do have a multiple-entry social visit pass under Malaysia My Second Home Centre. The Social Visit Pass is initially for a period of ten years, and is renewable. Jadi, papa mau ngabisin hari tuanya bersama mama di sana. Di pulau itu! Dan pulau itu adalah rumah kedua kami!” Ervan menayang muka tidak puas hati. Merasakan dirinya telah menjadi mangsa keadaan.

i saya; aku - bahasa diri sesama teman

“Loh! Kok, emangnya lu harus ikut sekali? Lu di sini aja deh, Van… katakan saja bahwa lu mau kendalikan semua perusahaan papa lu di sini. Masa sih papa lu nggak mengandalkan lu? Lu kan satu-satunya putranya?” Irawan pantas sahaja mengemukakan idea yang bernas pada firasatnya.

The fact is papa memang nggak mengandalkan gue untuk semua perusahaannya itu. Papa hanya mau gue ngurusin resort di Malaysia itu. Papa mau gue ganti tugas mama di situ. Katanya, mama sudah capek terbang ulang-alik ke sana. Papa telah rancangkan semuanya sejak gue masih di US lagi. I am the only son and I am owner to be Prima Sakti Resort! Moreover, my name is Ervan Prima Sakti! So, tell me how I am gonna get rid of this!” Ervan melepaskan pemegang mesin pentural-fly.

“Hidup lu bakalan musibah Van!” Irawan separuh memprovok. Tergeleng-geleng sambil berkeluh berat. Matanya secara tidak langsung memandang Ervan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Temannya yang gagah lagi tampan itu nescaya tidak akan betah tinggal di pulau!

“You are frightening me!” sela Ervan menjeling Irawan dengan penuh geram.

I’m telling you the truth Van! Gue kenal bangeti sama lu. Elu itu sok bule. Iya, yang benar emangnya lu punya darah buleii, dan gue yakin lu pasti nggak pantas tinggal di pulau itu, a place where trouble is likely! Mana mungkin makhluk kereniii, gantengiv seperti lu bisa tinggal di situ. You always perfectly groomed. Justru, siapa yang mau lihat ketampanan lu di sana? Monyet? Atau ikan-ikan di laut barangkali…” Irawan jujur menyatakan pandangan. Dia tahu sikap Ervan. Setiap detik harus menjaga penampilan. Apa lagi Ervan punya kelebihan fisik, gagah dan tampan. Ke mana sahaja dia pergi, pasti akan jadi perhatian. He is really a hot stuff neither for girls nor for a gay! Mujur saja Ervan itu lelaki normal.

Demi mendengar hujahan Irawan itu, Ervan termati akal. Yeah, it will be my worst nightmare! Dia tidak ingat, bagaimana rasanya berada di pulau itu. Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke resort milik keluarganya itu ialah ketika dia berusia tujuh tahun. Ketika resort itu baru dibuka. Lebih tepat lagi ketika resort yang dinamakan sempena namanya itu dirasmikan. Tapi itu kan 20 tahun dulu?

“Bagaimana dengan Reta? Does she know about this?” tanya Irawan, memaksudkan kepada gadis bernama Reta Lestari yang kini sedang bercuti panjang di Singapura.

No.” Ringkas jawapan Ervan.

“Lho? Kenapa? Bukannya Reta itu pacarnya lu?” Irawan terpinga-pinga.

Who’s telling you that joke?” Mata Ervan mencerun. Kurang senang mendengar gelaran ‘pacar’ itu.

“Reta sendiri bilang sama gue. Bukan cuma gue, pada teman kita yang lain juga. Katanya elu dan dia bakalan bertunang!” jelas Irawan.

i sangat
ii orang kulit putih (terutama orang Eropa dan Amerika); orang Barat
iii 1 tampak gagah dan tangkas; 2 galak; garang; lekas marah; 3 perlente (berpakaian bagus, berdandan rapi, dsb)
iv cantik, elok dan gagah, tampan


Hello! She’s not my type! Gue nggak pernah declare ada hubungan sama dia!” Ervan kelihatan tertekan apabila dikaitkan dengan Reta. Kepalanya terasa begitu berserabut. Ngapain tuh Reta ngaku aku ini pacarnya? Cewek sintingi! Kalau Reta itu bukan anaknya Om Fabian, adik papaku, pasti saja aku nyingkir dia terus dari hidup aku! omel Ervan dengan geram di dalam hati.

“Tapi dia memuja lu!” tekan Irawan. “Dia kalo ngomong sama lu, lagi pakei ‘aku-kamu’. Cewek sama cowok tuh nggak akan ngomong ‘aku-kamu’ kecuali mereka ada apa-apanya.”

Ervan mula terasa panas hati. Sambil bercekak pinggang, dia berkata, “Dengar ya Ir, gue gak peduli dia ngomong pakei ‘aku-kamu’ sama gue. Selain dia sepupunya gue, Reta itu sama aja seperti cewek-cewek lain yang ikut-ikutan memuja dan naksir gue kerna gue ini The Most Eligible Bachlor. That’s it!”

“Kok gengsi-gengsianii lu!” tuduh Irawan sedikit mencemik.

“Gue nggak gengsi, Ir. This is fact. Apa nggak ada cewek lain yang lebih mutu? Gue nggak suka cewek mepetiii kayakiv Reta itu!” kilas Ervan agak marah.

Menyedari Ervan agak beremosi, Irawan mengangkat tangan tanda mengalah. “Iya, udah deh. Gue tau lu lagi depressed gara-gara harus tinggal di pulau ditemani monyet!” Namun di hujung kata, Irawan ketawa mengejek.

Damn you!” getus Ervan.

Sehelai tuala lembap dengan peluh berbaur haruman Diesel Fuel For Life melayang tepat mengenai muka Irawan.

“Sialan lu, Ervan!” jerit Irawan terkocoh-kocoh menepis tuala itu daripada mukanya.

Ketawa Ervan bergema. Jahat sekali bunyinya. Namun sekejap kemudian tawanya semakin pudar bersama raut wajah yang semakin murung. Iya, benar kata Irawan mana mungkin aku tinggal di pulau itu! It will be the worse nightmare in my life! Batinnya menjerit resah.

i 1. senget (sendeng) sedikit letaknya,miring; 2. bp agak gila, kurang siuman
ii kehormatan dan pengaruh; harga diri; martabat; geng·si-geng·si·an v suka (sok) ber­gengsi;
iii 1 berdekatan satu dng yg lain; dekat sekali sampai menempel; rapat; 2 mendesak;
iv seperti; sebagai


Bab 3
DARI jauh Surihani sudah tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah Pak Akob. Pak Akob turut membalas lambaiannya. Orang tua lingkungan usia 60-an itu adalah pemilik kedai buku dan majalah di Jeti Mersing.

“Datang seorang aje ke, Suri?” tanya Pak Akob sebaik sahaja Surihani berdiri di depannya.

“Yalah Pak Akob, selama ni pun Suri selalu datang sorang-sorang,” balas Surihani sambil tersenyum manis.

“Aik… Abang Akhil kan ada? Takkanlah sibuk benar si Akhil tu sampai tak boleh temankan Suri ke sini?” usik Pak Akob mahu mengenakan Surihani dengan Akhil.

“Hisy, Pak Akob ni... Abang Akhil tu kan sibuk kat resort? Lagipun buat apa dia nak temankan Suri pulak? Nanti Pak Akob jugak yang jealous!” usik Surihani.

Gurauan Surihani itu membuatkan Pak Akob ketawa terbahak-bahak. Surihani memang gadis yang selamba, pandai bergurau tetapi tahu menghormati orang tua.

“Melayan kamu ni, Suri... boleh sakit jantung Pak Akob dibuatnya. Nasib baik Pak Akob ni dah tua,” kata Pak Akob dalam sisa tawanya.

“Gurau-gurau tu membawa bahagia, Pak Akob. Ubat stres. Oh ya, Suri datang ni nak ambil barang Suri tu.” Surihani menyatakan tujuannya.

“Ya, ya…Nanti kejap, ya?” kata Pak Akob sejurus kemudian menghilangkan diri ke belakang kedai. Selepas itu dia keluar semula bersama sebuah troli kecil berisi beberapa buah kotak sederhana besar.

“Suri bawa balik sekali dengan troli tu. Nanti payah pulak Suri nak angkut kotak-kotak tu naik bot,” kata Pak Akob apabila melihat Surihani mahu mengangkat satu per satu kotak dari dalam troli tersebut.

Surihani menghela nafas lega mendengarnya. Memang jenuh kalau terpaksa mengangkut kotak-kotak itu tanpa troli. “Terima kasih banyak Pak Akob. Esok pagi Suri pulangkan semula, ya?”

“Tak apalah. Bila-bila pun boleh. Macamlah Suri tak biasa dengan Pak Akob.” Pak Akob memang sudah biasa dengan Surihani. Gadis itu selalu menggunakan alamat kedainya untuk menerima bungkusan dari luar Negara.

“Kali ni barang apa pulak yang Suri pesan?”

“Suri order cat.”

“Aik? Kat Malaysia ni dah tak ada jual cat ke sampai kamu sanggup order dari luar negara? Mesti mahal ni?” tanya Pak Akob agak pelik.

“Bukan tak ada jual kat Malaysia, tapi kualiti tak berapa bagus. Cat yang Suri tempah ni, cat acrylic. Memanglah mahal sikit tapi lebih tahan lama dan lasak untuk lukis mural luar bangunan. Tak jejas dek cuaca. Cat sama yang ada dalam simpanan dah nak habis Suri guna.” Surihani menerangkan tanpa rasa bosan.

“Tapi, Suri nak buat apa pulak dengan cat-cat mahal ni?” Pak Akob menunjukkan rasa ingin tahunya.

“Sebenarnya Suri kena buat mural kat banglo belakang Prima Sakti Resort tu. Nampaknya, pemilik tu suka dengan seni. Abang Akhil kata kemungkinan besar pemilik resort tu nak pindah duduk kat situ. Suri dah buat separuh tapi cat pulak habis,” beritahu Surihani.

“Dah tu, kamu tak tolong Hizar lukis batiklah, ya?”

Belum sempat Surihani menjawab, terdengar bunyi deruman enjin kereta. Kuat dan begitu menarik perhatian. Surihani dan Pak Akob sama-sama menoleh. Kelihatan sebuah kereta Mitsubishi Evolution 9 berwarna hitam berkilat menyusur masuk ke kawasan parkir bertentangan dengan kedai Pak Akob.

Satu susuk tubuh jejaka tinggi lampai melangkah keluar dari kereta tersebut. Surihani melihat dengan rasa tertegun juga dengan dahi berkerut. Fuyoo! Hensem giler! Puji Surihani di dalam hati.

Jejaka itu memakai jaket, berseluar jean denim, berkasut but dan berkaca mata hitam. Kulitnya cerah dan bersih. Tubuhnya pula tegap dan kelihatan tampan sekali. Rambutnya yang hitam keperangan separas tengkuk, membuai lembut ditiup angin laut. Err… tapi ada yang tidak kena! Gayanya berlebihan!

“Mak oi, Pak Akob… model sesat manalah tu? Atau Majlis Daerah ada buat pertunjukan fesyen kat jeti ni?” Surihani bertanya sambil ketawa gelihati. Tetapi di dalam hatinya mengakui, jejaka berkulit putih itu kelihatan cukup menawan. Cuma gayanya kelihatan tidak kena tempat. Nampak sangat canggung penampilannya itu di kawasan jeti yang dipenuhi dengan para pelancong dan nelayan yang rata-ratanya sekadar berpakaian santai.

“Hisy! Suri ni! Tak baik cakap macam tu. Dia datang nak bercuti ke pulau kut? Orang putih, biasalah…” Pak Akob bersangka baik. Namun matanya masih melirik pandang pada jejaka tampan yang menyandang sebuah beg barrel di bahu sambil mengheret sebuah lagi bagasi besar. Cukup besar untuk dikatakan sebagai mahu bercuti. Macam orang nak pindah rumah!

“Ala, orang lain pun nak ke pulau jugak, tapi tak adalah pakai macam dia tu. Pak Akob tengok ajelah beg yang dia bawa…macam nak duduk bertahun.” Surihani masih tidak dapat menyembunyikan rasa gelihatinya.

“Ya tak ya jugak kan, Suri? Agaknya dia nak jadi orang pulau kut?” Pak Akob akhirnya mengiakan telahan Surihani. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

“Okeylah, Pak Akob... Suri pergi dulu, ya? Nanti kita jumpa lagi.” Surihani meminta diri.

Sambil menarik troli, Surihani berjalan menuju ke pelantar jeti. Selain kemudahan bot, ada juga disediakan kemudahan feri-feri yang lebih selesa dan berhawa dingin. Tetapi hanya bot laju berlepas sejam sekali. Kalau ada Abang Radin, yang juga kawan baik Hizar, boleh juga Surihani tumpang balik. Abang Radin itu punya bot sendiri. Walaupun bot Abang Radin agak kecil dan kelihatan buruk tapi selalu digunakan oleh penduduk kampungnya ketika ada kecemasan. Tinggal di pulau, tahu sahjalah. Bukan semua kemudahan ada disediakan.

Hey! Watch out your way!”

Amaran keras itu agak mengejutkan Surihani. Dia segera menoleh ke belakang. Baru tersedar bahawa troli yang diheretnya telah terlanggar sebuah bagasi besar. Milik… oh, jejaka pelancong asing yang bergaya ala model itu!

“Sorry!” ucap Surihani pendek, sedikit menundukkan badan tanda hormat.

Jejaka itu diam tidak menjawab. Surihani berdiri di tepi tiang tidak jauh dari tempat jejaka itu berdiri. Tetapi entah mengapa Surihani menoleh lagi. Tidak dapat menahan diri mahu meneliti penampilan jejaka itu dari hujung rambut sampai ke hujung kasut. Sesekali hidungnya terhidu bau harum dibawa bayu laut yang pastinya datang dari tubuh jejaka itu. Bau yang begitu maskulin menggoda! Pheww…

Kaca mata hitam Emporio Armani masih melekat di atas batang hidungnya yang mancung. Tapi sayang sekali raut wajahnya, kelihatan masam mencuka, bagaikan tidak menyenangi sesuatu. Mungkin tidak menyenangi bau hamis di sekitar jeti kerana dia dilihat sering kali menekup hidung dengan sehelai saputangan sutera. Gaya khas seorang jejaka kaya!

Jaket baldu yang membaluti tubuhnya, berjenama Kenneth Cole New York. Jenama dari pereka fesyen terkemuka New York. Terpampang logonya di bahagian poket depan. Tak panaskah dia berjaket di tengah hari merembang macam ni? Malah Surihani yakin but kulit yang dipakainya juga pasti dari jenama yang sama. Kalau jaket pun berjenama mahal, pastilah jean yang dipakainya itu juga berjemana terkenal.
Surihani terpandang pula jam tangan jejaka itu. Jenama U-boat yang harganya mengikut pengetahuannya pasti melebihi £2,000! Pergelangan tangan kirinya dihiasi dengan wristband tertera logo Diesel. Amboi… penampilan yang sungguh mahal! Surihani menggeleng perlahan. Hmm… jejaka berjenama. Kalau rompak dia ni, mesti kaya! Pakaian aje pun dah cecah ribu-ribu! Dia tersenyum sendiri.

What are you smiling at?”
Suara keras itu mengusik pendengaran Surihani membuatkan dia terkaku. Dia menjeling. Walaupun dia tidak dapat melihat mata jejaka itu yang tersembunyi di sebalik Emporio Armani, namun dia tahu jejaka itu pasti sedang merenung marah padanya. Oh! Pastilah jejaka itu sedar aku asyik tengok dia. Tapi tolong ya…aku bukan nak mengorat dia pun, cuma pelik melihat penampilannya yang tidak kena tempat! Macam putera dibuang dari negeri kayangan!

Kehadiran bot laju untuk ke Pulau Besar, menyelamatkan Surihani. Cepat-cepat dia beredar tanpa meminta maaf kepada jejaka pelancong itu.

************************************
ADA dua Pulau Besar di dalam Malaysia ini. Satu di Melaka dan satu lagi di Laut China Selatan. Pulau Besar di mana Surihani tinggal, letaknya lebih kurang 15km dari Mersing. Mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan dengan bot laju. Pulau Besar ini dikelilingi oleh banyak pulau-pulau lain seperti Mensirip, Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan Pulau Harimau.

Pulau Besar mempunyai pantai yang agak sunyi, bersih dengan pasir halus putih dan airnya yang sangat jernih, telus pandang sehingga dapat melihat hidupan di dalamnya. Pemandangan sekitarnya juga sangat cantik membuatkan kerajaan telah mewartakan ia sebagai taman marin bagi menjaga 60 spesis hidupan laut yang meng-huni perairan Pulau Besar.

Tetapi untuk kebanyakan warga kota pasti sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran Pulau Besar kerana tiada kemudahan dan tempat hiburan. No nightlife! Malah pulau ini sekadar menggunakan sistem tenaga solar dan genset yang diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad. Kemudahan awam lain hanyalah sebuah masjid, pondok polis dan pondok telefon.

Namun bagi Surihani, itulah yang uniknya tentang Pulau Besar. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Ketenangan yang dirasai sangat mendalam sehinggakan Surihani enggan mencari kerja di luar pulau walaupun memiliki segulung ijazah Seni Halus dari Art Center College of Design, California. Dia lebih senang tinggal di pulau membantu abangnya melukis batik. Lagipun mereka hanya dua beradik, sudah tidak punya ibu bapa. Cukuplah dia berjauhan selama lima tahun dari abangnya, Hizar. Dia sudah tidak tega meninggalkan Hizar lagi.

Bot yang membawa Surihani serta beberapa penumpang lain sudah tiba di Jeti Kampung Busong. Dari situ, sudah terlihat Prima Sakti Resort. Walaupun terdapat resort lain seperti Nirwana Resort, Di’Coconut Resort dan Aseania Resort di sekitar Pulau Besar, namun baginya, Prima Sakti Resort mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Itulah resort yang paling dekat dengan kampungnya. Menyerupai resort di sekitar kepulauan Bali, dengan sebuah pavilion dua tingkat tersergam sebagai bangunan pentadbiran dikelilingi taburan chalet gaya Bali dan sebuah kolam renang besar di tengah-tengah kawasan resort. Persekitarannya redup dengan pokok-pokok buahan yang rendang. Dan jika musim buah tiba, sesiapa sahaja boleh menikmatinya secara percuma.

Prima Sakti juga merupakan satu-satunya resort yang banyak menggunakan hasil karya batik lukisan tangan Hizar sebagai hiasan resort mahupun sebagai uniform kakitangan. Malah pemilik itu sendiri yang selalu menempah batik lukisan tangan Hizar. Sekarang ini menggunakan khidmat Surihani pula untuk melukis mural di banglo yang terletak di belakang Prima Sakti Resort, setelah melihat portfolio gadis itu yang berada di dalam simpanan Akhil, supervisor Prima Sakti Resort.

Selain menerima bayaran yang lumayan, Surihani bersyukur kerana dia dan Hizar diberi keistimewaan menggunakan internet satelit di clubhouse resort itu secara percuma. Tidaklah dia terputus hubungan dengan dunia luar.

Di belakang Prima Sakti, di pinggir bukit itulah terbina sebuah banglo indah milik tuan punya resort. Surihani tidak pernah bertemu dengan pemilik banglo tersebut. Menurut kata Hizar, pemilik resort itu, Puan Zurina, berasal dari Malaysia tetapi telah lama menetap di Jakarta. Hanya sebulan sekali datang menguruskan soal gaji pekerja.

Selama ini, Hizar menjalankan aktiviti melukis batik di bengkel di belakang rumah mereka. Sekarang Surihani berasa seronok menyiapkan kerja-kerja melukis mural di banglo tidak berpenghuni itu. Aman dan tenang. Setakat ini dia sudah hampir menyiapkan lukisan motif batik pada dinding di ruang tamu. Kalau boleh dia mahu menyiapkannya sebelum pemilik banglo berpindah ke situ tidak lama lagi.

“Hmm… mungkin ini rezeki aku dan abang. Walaupun tinggal di pulau tetapi masih ada orang luar yang tahu menghargai seni kami…” Surihani berkata sendiri.

Langkahnya diatur menuju ke rumah. Baginya, rumah peninggalan arwah ibu bapanya itu sangat cantik. Ala-ala chalet, yang mana lantainya diangkat 50sm dari tanah. Beranda di bahagian hadapan rumah adalah tempat paling nyaman untuk duduk bersantai.

Dia tersenyum sendiri melihat rumah tempat dia dan abangnya berteduh itu. Selepas zuhur nanti baru dia mahu ke banglo itu menyambung kerjanya yang tertangguh.

Bab 4
AKHIRNYA, Ervan sampai juga ke Pulau Besar. Dia masih berdiri di atas Jeti Kampung Busong bersama beg dan bagasinya. Meneliti persekitaran pantai Pulau Besar sebelum matanya tertancap ke arah Prima Sakti Resort tidak jauh dari situ. Kakinya terasa berat mahu menjejak pasir. Bimbang but mahalnya akan rosak. Tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak sanggup untuk berpanas di atas jeti. Tapi, mana mungkin dia berjalan kaki dengan mengheret beg dan bagasi besar ini untuk ke Prima Sakti Resort! Pasti capek!

Kok aku harus nungguin di sini aja? Mana sih tuh orang?! Aku bisa lumer di sini! Rungut Ervan di dalam hati.

Sekejap kemudian, kelihatan seorang lelaki berkemeja batik berseluar hitam berlari anak menuju ke arah Ervan. Dia kelihatan sedikit termengah namun ada senyum mekar di bibirnya.

“Ervan Prima Sakti?” Lelaki itu menyoal. Masih termengah-mengah menetapkan pernafasan.

“Hmm…” Ervan membalas pendek tanpa senyum.

“Saya Akhil. Supervisor resort tuan. Maaf, terlambat jemput tuan. Ada hal sikit kat resort tadi.” Akhil memperkenalkan diri dengan hormatnya. Sekali gus memohon maaf di atas kelewatannya menjemput Ervan di jeti.

Just take that and bring me to my house!” arah Ervan sambil menuding jari ke arah bagasinya. Suaranya keras, jelas tidak mesra.

Akhil sedikit tersentap mendengar nada angkuh yang diluahkan oleh Ervan. Malah dia terkejut apabila Ervan berbahasa Inggeris slanga Amerika dengannya. Sedangkan Akhil tahu bahawa Puan Zurina, ibu Ervan adalah wanita Melayu. Namun dia tidak mahu bertelagah dengan bos barunya itu.

Come… I’ll show your house.” Akhil mengalah dan berbahasa Inggeris juga. Tangannya pantas menarik bagasi besar milik Ervan. Oh mak oi! Beratnya macam diisi dengan batu! omel Akhil di dalam hati sebaik sahaja mengheret bagasi tersebut. Sempat menjeling sekilas ke arah Ervan yang selamba sahaja.

Ervan mengekori Akhil dari belakang. Tidak sedikit pun dia mahu menanggalkan Emporio Armani dari batang hidungnya. Dia bagaikan tidak rela matanya dipanah cahaya matahari.

Jarak dari jeti ke Prima Sakti Resort tidak sampai pun sepuluh minit. Tetapi sepanjang jalan itu, telinga Akhil dihadapkan dengan rungutan demi rungutan oleh Ervan. Namun semuanya di dalam bahasa Inggeris.

Dia ni dah tak reti cakap Melayu ke? Sekurang-kurangnya, cakaplah bahasa Indonesia kalau tak reti cakap Melayu. Bukannya aku tak faham kalau dia cakap bahasa Indonesia. Mak dia sendiri pun masih tahu cakap Bahasa Melayu dengan aku! Akhil pula merungut-rungut di dalam hati. Sudah mula menyimpan rasa tidak senang hati terhadap Ervan dalam pertemuan pertama ini. Pemuda itu kelihatan angkuh benar. Dengan bergaya mengalahkan model, Ervan benar-benar nampak canggung berada di pulau yang serba santai ini.

Sampai di muka pintu banglo, Akhil membuka pintu dengan kunci dalam simpanannya. Bagasinya diheret oleh Akhil sehingga ke ruang tamu.

Just put it there.” Suara Ervan memenuhi ruangan.

Akhil menggumam bibir. Sakit hati pula mendengar arahan Ervan. Dahlah tak reti nak ucap terima kasih! Dia ingat aku ni kuli batak dia agaknya!

Okay. And this is your key!” ucap Akhil sambil menyerahkan kunci banglo yang dipegangnya selama ini kepada Ervan. Dia sudah tidak kuasa lagi untuk menghadap muka Ervan yang berlagak diva itu. Ada baiknya dia kembali ke resort!

Sepeninggalan Akhil, Ervan tercegat di ruang tamu. Hanya suara ombak sayup mengisi kesepian ruang. Mata Ervan meneliti segenap ruang. Terus terlihat lukisan mural pada bahagian dinding. Motif batik pikaso yang masih belum sempurna. Cantik. Tetapi dia tiada minat untuk menghayati keindahan lukisan itu. Moodnya terasa benar-benar terbunuh sejak mula tadi.

Dia hanya terfikir mahu merehatkan diri di dalam bilik sahaja. Lalu dia mula meninjau satu per satu bilik yang ada di dalam banglo. Pastilah dia mahu mencari bilik yang paling besar dan selesa untuk dirinya.

***************************
BEG barrel jenama Hudson Ten-Pen dihempaskan Ervan ke atas katil. Sekaligus menghenyakkan badannya di situ. Walaupun Feri Seagull tadi berhawa dingin, tetapi dia berasa sungguh tidak selesa. Dia tetap berasa panas beruap tetapi enggan menanggalkan jaketnya. Tidak rela terik cahaya matahari menjamah kulitnya yang bersih daripada sebarang cacat cela. Demi menjaga gayanya, dia bertahan sahaja sehingga sampai ke pulau terpencil ini.

Matanya menerawang memerhatikan suasana sekitar bilik. Tercari-cari alat penghawa dingin. Tiba-tiba Ervan berasa cemas lantas dia terbangun.

Ya, ampun! Emangnya nggak ada AC! I’m in hell! Ervan merenyah geram sambil kalut menanggalkan jaket yang dipakainya. Badannya sudah berpeluh. Dengan penuh risau, dia cuba menghidu bawah ketiaknya sendiri. Mencari bau yang tidak menyenangkan. Paling dia takut jika ketiaknya berbau. Mujur, haruman John Varvatos yang maskulin dan sensual masih melekat kuat pada tubuhnya. Thanks God! Thanks to John Varvatos for creating a great fragrance!

T-shirt Modern Amusement yang menyaluti tubuh ditanggalkan lalu Ervan berdiri menghadap cermin. Meneliti tubuh badan sendiri. Tangannya melekap ke perut yang cantik dihiasi deretan six pack. Hasil rutin di gym. Ervan tersenyum bangga.

“Mana mungkin makhluk sekeren lu bisa tinggal di situ. You always perfectly groomed. Justeru, siapa yang mau lihat ketampanan lu di sana?”

Kata-kata Irawan terngiang kembali di telinga Ervan. Senyumannya mati. Seketika kemudian, terdengar keluhan berat terhela dari mulutnya.

Dengan perasaan gundah, Ervan mengeluarkan beg grooming dari bagasi. Di dalam beg itu terkandung pelbagai jenis perawatan diri untuk lelaki, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Fikirannya sekarang ini sangat tidak tenang. Dia mahu berendam di dalam air yang dipenuhi buih mandian American Crew Tea Tree. Sementara menanti tab dipenuhi air, dia mencuci muka menggunakan pembersih Recipe For Men Facial Scrub. Mahu menghilangkan debu-debu kotoran yang mungkin telah melekat ke wajahnya sepanjang perjalanan ke pulau terpencil ini!

Spontan, Ervan teringatkan kekotoran yang dilihatnya di Jeti Mersing tadi. Seakan-akan masih terbau kehanyiran di situ. Keadaan yang panas lagi merimaskan. Tetapi muncul pula seorang makhluk tuhan paling cantik.

Cewek yang telah menabraki bagasiku dengan troli konyoliinya itu. Wajahnya… ya, lumayan cantik. Asli. Tapi kok pakaiannya kampungan sih! Wajah cantik itu sudah dicemari dengan jeans dan t-shirt loose yang dipakainya. Rambut yang hitam berkilat itu ditocang ekor kuda. Benar-benar norakiii! Dan asyik sekali tuh cewek ngelihatin aku. Apa dia nggak pernah lihat laki-laki sekeren aku?

Tuh! Kenapa sih aku ngingati cewek kayak gitu? Huh? Aku bilang tuh cewek cantik? Cantik tapi norak, nggak ada gunanya! Ervan mencemik sendiri.

i 1. membentur, melanggar, melanda (kereta dll): masing-masing terus menolak, ~ lalu tersungkur; 2. mendatangi utk melawan dll, menyerang;
ii 1 tidak sopan; kurang ajar; 2 agak gila; kurang akal; 3 tidak berguna; sia-sia; bodoh
iii 1 merasa heran atau takjub melihat sesuatu; 2 sangat berlebih-lebihan; kurang serasi (tt dandanan dsb); kampungan


****************************
BRAK!

Surihani tergelincir ketika cuba memanjat tangga lipat untuk mewarna bahagian atas muralnya. Dia terdorong ke belakang, terus terlanggar sesuatu yang ‘kukuh’. Anehnya, dia berasa selesa sekali mendarat di ‘lapangan’ itu. Hangat dan berbau harum. Paling aneh bila dia terasa ada pautan gagah melingkar di pinggangnya.

Surihani segera mendongak. Matanya membulat. Rupa-rupanya dia berada di dada tegap seorang jejaka asing. Tetapi dia bagaikan terkaku bertatapan dengan sepasang mata berwarna hazel sedikit kehijauan itu. Cantiknya mata itu. Tetapi jejaka itu memandangnya dengan kening bertaut.

Eh? Nanti dulu! Bau harum maskulin lagi sensual itu seakan-akan pernah dihidunya.

“Hey? It’s you again!”

Surihani terpelangah mendengar sergahan itu. Lantas dia segera menjauhkan diri. Mengamati jejaka berketinggian hampir enam kaki itu dari jarak beberapa ela ke belakang. Dia memakai military shirt berwarna hitam jenama ASOS dan berseluar jean Hilfiger. Eh? Dia kan jejaka pelancong ala model yang dilihatnya di jeti Mersing tadi? Tapi, kenapa dia ada dalam banglo ni?

“What are you doing in here!” sergah Surihani kembali dengan penuh rasa bimbang. Setahunya selama seminggu dia melukis mural di banglo ini, tidak ada orang lain kecuali Akhil yang sesekali datang melawat pada waktu rehat. Malah kunci pendua yang dipegangnya kini diperoleh daripada Akhil.

“Do I have to answer that stupid question?” Ervan meningkah jelek. Sungguh dia tidak menyangka bakal berjumpa lagi dengan gadis kampungan itu di sini.

Tadi dia terlihat seorang gadis cuba memanjat anak tangga di dinding ruang tamu yang sudah separuh dihiasi lukisan pemandangan pantai. Dari pandangan belakang, dia terpikat melihat susuk tubuh langsing gadis itu. What a great body! Gadis itu memakai tee dan seluar paras lutut. Memang mama ada memaklumkan tentang pelukis mural di banglo mereka. Tetapi dia tidak tahu bahawa pelukis tersebut adalah seorang perempuan.

Tadinya dia mendekati kerana kagum melihat keindahan mural separuh siap itu disamping ingin mengenali si gadis. Dan tiba-tiba sahaja gadis itu tergelincir ketika baru memijak dua anak tangga. Lalu dia pantas bertindak menahannya daripada rebah.

Tapi, rupa-rupanya…

What?! Get out! You have no right to be here!” jerit Surihani agak geram mendengar pertanyaan sinis jejaka asing itu.

Tapi benar-benarkah dia jejaka asing? Ini kerana apabila Emporio Armani tidak lagi bertenggek di batang hidungnya yang mancung, apabila matanya terserlah, terlihat imbas keMelayuan pada raut wajah kerasnya itu. Yang membuatkan orang akan berfikir berkali-kali mahu mengatakan dia Melayu adalah kerana warna matanya yang berbeza dan kulitnya yang putih serta slanga Amerikanya!

Ah! Mungkin dia pakai contact lens... atau mungkin dia warnakan rambutnya! Siapa tahu? Detik hati Surihani walau separuhnya rasa was-was.

I have a right to be here. This house is mine, and I own it!” Ervan berkata sambil berpeluk tubuh memandang Surihani dengan rasa tidak senang. Huh! I’m not supposed judge this girl by her body! She’s annoying!

Surihani terkaku. Keliru. Kenapa pula jejaka asing ini mengaku dia tuan rumah banglo ini? Bukankah pemiliknya bernama Puan Zurina? “It’s doesn’t make any sense for you to claim this is your house!”

Do I have to prove it? I don’t think so!” Wajah Ervan semakin mencemik sinis. Kemudian dia berlalu, tidak mahu mempedulikan Surihani lagi.

Melihatkan reaksi jejaka itu, Surihani mengacungkan berus lukisannya ke arah jejaka tersebut. Dia berkata dengan suara agak kuat. “Hey! We didn’t finish yet!”

Mendengarkan itu, Ervan berpusing. Kembali merenung Surihani dengan mata mencerlang garang. “We don’t have anything to finish! Beside, I don’t even know who you are! Just finish your job and get out from here as soon as posibble!”

Tersentap hati Surihani mendengar arahan kasar dari jejaka yang tidak dikenalinya itu. Kurang ajar! Dia ingat dia siapa, boleh menengking aku? Sesuka hati aje nak halau aku keluar dari rumah ni! Dia belum kenal aku siapa! getus Surihani dalam hati.

I said finish your bloody job!” sela Ervan apabila melihat Surihani hanya tercegat memandangnya dengan muka marah.

Go to bloody hell!” tingkah Surihani dengan kasar, tidak mahu kalah. Spontan dia melemparkan berus cat ke arah Ervan. Terus sahaja warnanya terpalit pada baju mahal jejaka itu. Tapi Surihani peduli apa!

How dare you!” pekik Ervan apabila melihat bajunya yang mahal sudah dicemari oleh cat berwarna biru. Ingin sahaja dia menarik gadis itu, tetapi gadis itu sudah berlari keluar meninggalkan banglo. Bull shit!!! @^%!!!

Hati Surihani terasa sakit dan panas. Hilang mood mahu menyiapkan mural itu. Langkahnya laju menuju ke rumah.

Bab 5

“AKU mau pulang, mama! Aku benci semua yang ada di sini!” teriak Ervan melalui telefon bimbit satelit yang melekap di telinganya. Berdiri di tepi tingkap pejabatnya di tingkat dua pavilion yang pemandangan menghadap laut.

“Astaghfirullah…bawa mengucap, Ervan. Kamu teriak-teriak macam ni, buat sakit telinga mama aje.”

“Aku kayak orang begoi, ma. Sekarang tambah bego melihat tamu-tamu di sini ketawa-ketiwi tapi aku yang nonton jadi mulesii banget! Kayak monyet keisenganiii,” omel Ervan sambil matanya melihat dengan cemburu pelancong yang sedang bergembira bermain bola pantai. Ada yang sedang berenang di lautan, berkejaran di pantai. Tidak kurang juga yang sedang bergembira mengayuh basikal bersama teman-teman dan ahli keluarga di sepanjang laluan utama di sepanjang pantai.

“Aduh, Ervan…jangan buat mama runsing, sayang.”

“Memang mama harus runsing. Mama dan papa sudah gak adil sama aku. Mengapa di resort kamu masang AC sedangkan di banglo gak ada satu pun AC. Aku bisa lumeri di sana, tau gak? Putra kamu nih, sudah kayak orang gila, mundar-mandir di ruangan kantor. Gak tau mau bikin apa!” Ervan melepaskan sengsara jiwanya.

i sangat bodoh; tolol:
ii sakit spt diramas-ramas
iii merasa menganggur (tidak ada yg perlu segera dikerjakan); 2 melakukan sesuatu untuk mengisi-isi masa (supaya tidak hampa) 3 sekadar main-main; tidak bersungguh-sungguh;


“Sayang, papa memang sengaja tak mahu pasang aircond di banglo. Papa mahu angin semula jadi. Kamu janganlah bingung, di resort kita itu kan ada club house? Kamu ke sana ajelah. Ada pool table dan darts. Kamu juga boleh menonton TV satelit Astro… internet satelit pun ada di sana. Kamu boleh online bila-bila masa yang kamu suka.”

“Idihhh… ma… di banglo juga nyambung terus ke semua fasiliti itu. Tapi aku gak butuhii semua itu. Atau emang mama pikir aku ini anak kecil yang bisa digula-gula dengan TV, internet segala? Aduh, mama! You always know that I’m not into it, right? I already miss my nightlife. Aku kangeniii mau clubbing sama teman-teman… Aku mau pulang netap di Jakarta aja, ma…” Ervan berusaha menagih simpati mama.

“Apa nak susah? Malam-malam kalau kamu terasa nak menari, pasanglah CD kegemaran kamu dan menarilah sepuas-puas yang kamu suka di rumah.”

“Ma! Kamu bikin aku penginiv nangis! What a pathetic suggestion…” Ervan mengeluh. Menggigit-gigit bibir sendiri. Mujur sahaja mama tidak ada di depan mata, kalau tidak, mahu sahaja dia protes sambil hentak-hentak kaki!

Terdengar Puan Zurina ketawa. “Kamu kan boleh cari teman dari kalangan orang tempatan di sana…”

“Tak mau!” tingkah Ervan sepantasnya. “Orang di sini, semuanya menyebalkan. Aku juga baru ketemu satu cewek norak plus jutekv! Soalnya semua orang di pulau ini gila! Kayak level pendidikan mereka sangat rendah!” Ervan mengutuk habis-habisan.

i leleh; menjadi cair
ii sangat perlu menggunakan; memerlukan
iii ingin sekali bertemu; rindu
iv ingin, menginginkan sesuatu
v Jutek memiliki banyak makna bergantung konteks kalimat, diantaranya sombong, tidak ada senyum-senyumnya, emosi tinggi, jengkel, galak, kasar, ketus, jika bercakap datar tanpa ekspresi, malas menanggapi percakapan orang, keras, kaku dll: ref : http:// kamusgaul.com/taxonomy_vtn/voc/1


“Ervan!” Suara Puan Zurina melengking di hujung talian. “Kamu jangan pandang rendah pada orang Pulau. Kamu harus ingat, nenek moyang kamu dari sebelah mama juga berasal dari situ. Jangan sembarangan ya! Mama tak suka kamu berlagak sombong. Nanti orang benci kamu!”

“Biarin mereka benci sama aku…aku lagi suka kok kalo mereka benci sama aku!” Ervan masih tidak mahu mengalah. Biar mama tahu aku gak pas tinggal di pulau serba kekurangan ini. No nightlife means nightmare!

“Jangan terlalu keanakan, Ervan. Kamu dah 27 tahun, seharusnya menerima semua ini dengan fikiran matang. Semua ini untuk kebaikan kamu juga. Kehidupan sosial kamu di Jakarta terlalu membimbangkan papa dan mama. Sudahlah… mama tak mau berbahas soal ni lagi. Sila uruskan resort itu dengan baik. Resort itu dah jadi milik kamu. Sila kenalkan diri kamu kepada semua staff. Jangan buat tak tau aje. Sekarang untung ruginya terletak di tangan kamu!”

Ervan terhenyak. Terasa pundaknya dibebani berkilo besi. Selepas mamanya menamatkan perbualan, dia menghempas tubuh di sofa. Dengan marah, dia menarik sebuah fail mengandungi info tentang Prima Sakti Resort.

ROOM RATE (Ringgit Malaysia
Standard - Mountain View Chalet RM150
Superior - Country View Chalet RM210
Deluxe - Sea View Chalet RM240
Return Ferry Transfer
Adult @ RM 60.00
Child @ RM 50.00
Facilities:
• Each chalet unit is fully furnished with twin beds
• All rooms with balcony.
• Hot / cold shower in attached bathroom
• Mini-bar fridge & Air condition

Ya, penghawa dingin atau AC! Kejam! Tetamu resort seenaknya tidur dibelai suhu dingin AC. Sedangkan aku di banglo tidur dibelai angin dari laut! rungutnya tidak puas hati. Namun, dia meneruskan pembacaan.

FACILITIES IN RESORT
• Restaurant & Bar (Local & Western menu)
• Swimming Pool with Jacuzzi
• TV Lounge with 24 hours ASTRO satellite TV
• Function Room which can accommodate 100 persons
(theatre style)
• Private BBQ parties can be arranged on request
Tropical Excitement
* Ocean thrills – island hopping, snorkeling, kelong fishing
(upon prior arrangement)
* Island activities
– jungle trekking, cycling, beach soccer, volleyball
* Swimming pool
* Clubhouse – with 24-hour ASTRO Satellite TV and
complimentary Internet access
* Pool table
* Darts

Bosan membaca semuanya, Ervan melemparkan fail tersebut ke atas meja kaca di depannya. Malas mahu melihat senarai pakej promosi. Terdiam seketika sambil menggigit jari. Kenapa hidupku bisa jadi serumit ini? Life is complex but I really can’t accept all this bullshit! I’ve lost my inspirations! Raungnya di dalam hati.

Dengan renyah, dia bangun lalu keluar dari pejabatnya. Mahu menurut perintah mama supaya berkenalan dengan semua staf resort.
Continue Reading...

Seperti Keju & Coklat

Thursday, September 23, 2010



Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5783-35-7
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Terbitan :
PTS Litera Sdn Bhd


"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorang diri semasa membuat design..."
"Aqil itu pernah buat kerja gila minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!”

"Sebenarnya…Aqil itu ada masalah mental..."
Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Tapi sayanglah…kalau rupa kacak tapi sakit mental pula!
Semua persoalan yang mengumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil. Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza, boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.
Aqil – “Berkat duduk satu ruangan kerja dengan awak dulu, saya merasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dapat mengenal bahagia lagi.”
Rupa-rupanya ada banyak rahsia yang disimpan oleh Aqil yang bukan hanya mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!
Continue Reading...

WASILAH CINTA WEERA

Saturday, February 27, 2010



RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak),
Tarikh Terbit: 15 February 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 616 halaman
Ulasan pembaca di sini : http://www.pts.com.my/index.php/buku/wasilah-cinta-weera/
____________________________
1
Dari Aisyah, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Sesungguhnya berkah nikah yang yang besar ialah yang sederhana belanjanya (maharnya)” (HR Ahmad)
 
TAJUL AWEERA pernah mendengar hadis itu. Tetapi dia tidak tahu, sejauh mana konsep yang ditekankan di dalam hadis tersebut boleh diterima pakai pada zaman sekarang. Bukan dia mahu menidakkan kebenaran hadis tersebut tetapi bagaimana sekiranya kaum perempuan sendiri yang tidak sudi menjadikan pernikahan itu sesuatu yang sederhana demi mendapatkan keberkatanNYA? 


Weera menghela nafas panjang. Terasa lelah memikirkan masa depan. Dalam usia meningkat 28 tahun ini, Weera memang sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga. Dia sudah punya segalanya. Kerjaya yang tetap dan gemilang. Baru setahun yang lepas dia membeli kondominium Casa Tiara, di pusat bandar Subang Jaya lengkap dengan ‘private terrace garden’. Hasil usaha dan kerja keras sebagai Creative Director di kilang pengiklanan terkemuka, Global Art Media yang berpengkalan di KLCC. Hasil kerjanya seringkali memenangi anugerah Kancil, antara anugerah pengiklanan paling berprestij di Malaysia. Bahkan Weera pernah merangkul pingat emas Kancil Student Awards ketika masih menuntut di The One Academy.


Tetapi sekarang dia gagal menganugerahkan diri sendiri seorang isteri sebagai pelengkap hidup. Sekarang dia terasa jenuh apabila saban hari dihadapkan dengan impian pernikahan besar-besaran oleh Jasnita. Mahu diadakan majlis resepsi di hotel lima bintang. Jauhnya angan-angan Jasnita. Sedangkan Weera semakin hari semakin tidak pasti sekukuh mana rasa kasih dan cintanya terhadap Jasnita. Perempuan bergelar model yang dikenali ketika di set penggambaran iklan yang diarahkan olehnya. Lama dulu. Kira-kira dua tahun lepas. Sejujurnya, bukan Weera yang memulakan perkenalan. Jasnita terlebih dahulu menempelkan diri. Perwatakannya yang manja, manis serta ceria, menggamit hati Weera supaya mencuba untuk menjalinkan hubungan. Tapi semua yang dipaparkan oleh Jasnita rupa-rupanya hanya keindahan luaran. Peribadinya tidak seindah fizikalnya. Jasnita hanya indah dipandang tetapi tidak untuk dimiliki.


Weera menghembuskan nafas kesal. Sepasang bola mata coklat jernihnya menebarkan pandangan jauh ke bawah sana. Melintasi bangunan-bangunan yang bertaburan di lantai bumi hingga kepada yang mencakar langit. Sudah hampir setengah jam dia berada di sini, di pinggir Bukit Ampang. Melepaskan lelah setelah melalui perjalanan jauh. Dari Fraser Hill atas nama tugas. 


Bunyi deruman enjin kereta yang agak kuat, mengganggu lamunan Weera. Dia menoleh. Sebuah kereta Nissan Skyline R34 berpintu empat menghampiri. Memarkir betul-betul di sebelah Toyota Altezza milik Weera. Weera tersenyum melihat susuk tubuh yang keluar dari kereta. Ray! Atau nama penuhnya Raymond Azman Ananda.


“Assalamualaikum…” ucap Ray mendekati. Kaca mata hitam yang bertenggek di atas batang hidung mancungnya, disingkap ke atas kepala. Menyerlahkan sepasang matanya yang bening.


“Waalaikumsalam…” balas Weera sembari meloncat turun dari bonet kereta, menyambut lelaki itu dengan wajah ceria. Tangannya dihulurkan dengan hangat dan penuh kasih sayang. Mereka berpelukan. Menepuk-nepuk mesra belakang masing-masing seraya ketawa gembira sepertinya lama benar tidak berjumpa. Kemudian sama-sama bertenggek di atas bonet kereta Weera.


“Kenapa tidak terus balik ke rumah? Kamu tidak penat?” tanya Ray yang memang tahu Weera baru sampai dari Fraser Hill setelah seminggu berada di sana. Tadi dia menelefon dan Weera memberitahu dia sedang menghabiskan masa di Bukit Ampang. Tempat yang sering dijejaki oleh mereka berdua apabila ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kota. Kebetulan Ray juga baru menyelesaikan urusan di sekitar Ampang, maka terus sahaja dia ke sini untuk menyertai Weera.


“Penat juga, tapi tiba-tiba aku ingin duduk di sini menikmati alam,” jawab Weera sambil melepaskan nafas panjang di hujung kata. 


Dengan kening terangkat, Ray menatap Weera sekilas, sebelum berkata dalam senyuman, “Hmm… ada masalah rupanya… patutlah datang ke sini.” 


Weera tertunduk. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Malu pula hendak meluahkan rasa. Masalah yang biarpun sepele tapi adakalanya membuatkan Weera berasa cukup rimas. Masalah dengan Jasnita sejak akhir-akhir ini sentiasa membuatkan dia lemas dan semakin terhakis tahap kesabarannya.


Melihat Weera tidak bersuara, Ray tunduk mencari wajah Weera lalu bertanya, “Kenapa diam saja? Jasnita paksa kamu menikah dengan dia cepat-cepat?”


Kali ini Weera mengangguk sambil tersenyum tawar. Ray memang selalu mengerti isihatinya. Sering sahaja dapat menebak masalah apa yang sedang menekannya.
“Wee… sekiranya kamu masih belum yakin dengan Jas, buatlah solat istikharah sebelum ambil apa-apa keputusan. Jangan sampai tersilap pilih pula. Kamu kena ingat, Tuhan sudah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya kamu ada berbuat salah, perbaiki diri kamu dahulu. Barulah nanti kamu akan dapat pasangan jiwa yang sesuai. Orang yang kelak akan berbagi hidup dengan kamu.” Ray menasihati.


Weera masih mendiamkan diri. Tetapi bibirnya sudah mula menguntum senyum. Ray selalu membuatkan dia merasa aman dan tenang kerana Ray selalu berada bersamanya untuk menenangkan dan membahagiakannya. Dalam keadaan runsing begini, Weera memang memerlukan seorang saudara yang ikhlas dan mewah muhabbah serta halus perasaannya. Ray adalah seorang yang memiliki tutur kata sopan dan bijaksana dalam memberi nasihat.


Setelah diam beberapa ketika, Weera memutuskan untuk menyampaikan keluh-kesahnya kepada Ray. “Masalahnya, aku tidak perlu buat solat istikharah pun. Hati aku betul-betul sudah rasa tawar terhadap Jasnita. Cuma aku tidak tahu bagaimana mahu terangkan semua ini kepada dia. Dia mesti mengamuk tidak tentu hala nanti. Lebih teruk sekiranya dia tahu aku sudah ambil kursus kahwin.” 


Sebenarnya, tanpa pengetahuan Jasnita, Weera telah pun mengikuti kursus pra perkahwinan sebagai persediaan diri. Namun, apa yang terjadi, sebaliknya. Setelah mengikuti kursus tersebut, hati Weera mula berbelah bahagi samada mahu mengahwini Jasnita atau tidak. Banyak yang dipelajarinya daripada kursus tersebut. Sesungguhnya Jasnita tiada langsung ciri-ciri seorang isteri yang baik apalagi menjadi isteri yang soleh.


Weera melanjutkan kata-katanya, “Aku mahu kahwin kerana mahu melahirkan suasana aman damai dalam kehidupan, dengan kasih sayang intim antara aku dan isteri. Kerana aku tidak mahu sejarah ayah dan mama berulang lagi dalam kehidupan aku. Nabi S.A.W pun pernah berkata sekiranya kita mahu mencari jodoh, agama mestilah menjadi asas supaya perkahwinan dan kebahagiaan yang dibina dapat bertahan hingga ke penghujung nyawa…”


“Betul…walaupun pada sesetengah orang pesanan itu tidak bermakna. Tapi sebenarnya memang sangat relevan sampai sekarang,” sampuk Ray mengiyakan.


“Dahulu aku pernah berazam mahu membimbing Jasnita menjadi isteri yang baik. Tapi… Jas…dia…hmm… serba salah aku dibuatnya. Bukan aku mahu membuka aib dia. Tapi, sudah banyak kali aku tegur dia. Setiap kali kami keluar, ada saja alasan dia bila aku ajak singgah solat walaupun dalam surau di shopping complex. Sekali dua, aku boleh terima. Tapi sekiranya sudah uzurnya saban minggu, dia ingat aku lelaki bodoh? Ditegur dengan cara lembut pun dia melenting, merajuk, meninggikan suara. Apatah lagi sekiranya aku cakap kasar sedikit. Bagaiman sekiranya sudah berkahwin? Silap hari bulan, pinggan mangkuk terbang melayang!” kata Weera agak sedih. Saat dia mengangkat wajah memandang Ray, sebentuk senyum terukir dengan susah payah di sudut bibirnya.


Ray turut terkeluh mendengar luahan Weera. “Begitulah Wee, cinta sekiranya tidak berteraskan anjuran agama memang boleh pudar. Sedangkan seboleh-bolehnya perkahwinan yang bakal hendak dibina biarlah berpanjangan sampai ke akhir hayat. Sudah terang dan jelas, Jasnita bukanlah perempuan yang tepat untuk kamu jadikan isteri. Aku bukannya mahu menghasut tapi terpulang kepada kamu Wee. Fikir masak-masak…” Ray menepuk-nepuk bahu Weera.


“Rasanya aku sudah fikir masak-masak. Cuma aku tidak mampu lagi mahu beritahu Jasnita. Malaslah hendak bertekak. Kamu tahu sajalah mulut Jasnita, suka menjerit tidak tentu hala,” balas Weera sambil tersenyum pahit.


Ray ketawa mendengar komen Weera. Bukannya dia tidak kenal Jasnita itu perempuan yang bagaimana. “Aku sendiri pun ngeri setiap kali mendengar Jasnita menjerit. Macam langsuir!”


Mereka sama-sama tergelak. Sejenak kemudian, mereka diam. Menikmati keindahan alam dalam remang senja. Begitu indah lagi menakjubkan. Sayup-sayup kedengaran suara azan berkumandang.


“Jom… kita solat di masjid…” Ray bersuara, menarik Weera dari lamunan.


“Lepas solat, kita pergi makan ya?” saran Weera ketika turun dari bonet kereta.


“Kamu belanja?” 


“Ala… kamulah… duit aku sudah habis buat berfoya-foya di Fraser Hill. Belum sempat lagi cucuk duit di ATM!” kata Weera sambil gelak-gelak ketika membuka pintu kereta. Jelas benar dia cuma main-main.


“Macamlah aku mahu percaya kamu pergi berfoya-foya…” Ray pura-pura mencemik sebelum masuk ke dalam kereta. Dia tahu Weera hanya bergurau. Dia sudah mengenal Weera sejak lelaki muda itu berusia 13 tahun. Sudah tahu lelaki jenis apa si Tajul Aweera itu. Berduit tapi bukan kaki sosial.


Sekejap kemudian, kelihatan dua buah kereta menderum, menuruni Bukit Ampang ala drift!

2
SUARA bising seorang perempuan kedengaran sayup-sayup di luar bilik. Bunyinya seperti sedang marah-marah. Secara tidak langsung suara itu juga telah mengganggu tidur Weera. Mata Weera terbuka perlahan-perlahan. Mulutnya mengomel geram. Telinganya mengamati suara bercakap-cakap di luar sana. 


“Panggil dia keluar Fir! I mahu berjumpa dengan dia sekarang juga!”


“Dia masih tidur lagi. You pun tahu bukan, hujung minggu
seperti ini, waktu tidur dia. Dia sudah pesan, jangan ganggu dia.”

“I tak peduli! I mahu you kejutkan dia sekarang juga! I telefon dia banyak kali tapi semuanya masuk ke voicemail. I tahu dia sengaja matikan telefon bimbitnya. Dia dah janji mahu keluar dengan I hari ni tapi dia tak datang pun. Macam orang gila I tunggu dia di rumah. Sampai mekap I naik cair tahu tak?” 


“Nanti dia marah! I tak mahu lihat you bergaduh dengan dia.”


“Biarlah dia marah! I pun marah juga! Ingat I takut bergaduh dengan dia? Dia yang cari pasal. Selalu sangat dia mungkir janji!”


“Jas! Jangan Jas!”


Sejurus kemudian kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu bilik tidur Weera. Suara Jasnita memekik memanggilnya keluar. Weera mengeluh di atas katil. Keasyikan menyambung tidur selepas solat Subuh, terganggu sudah. Memang, orang kata tidak elok sambung tidur lepas waktu Subuh. Pintu rezeki tertutup.


Tapi baginya itu sahajalah waktu yang dia ada untuk mendapat tidur yang cukup. Setelah sepanjang lima hari dia berhempas-pulas bersengkang mata di pejabat. Bekejar ke sana ke mari menghadiri mesyuarat, ke lokasi penggambaran selain memantau kerja-kerja staf di bawahnya. Jadi apabila tiba cuti hujung minggu begini, dia mahu tidur secukupnya.


“Wee! I mahu you bangun sekarang juga!” Seiringan dengan itu terdengar bunyi pintu diketuk bertalu-talu. Bagaikan ingin merobohkan terus pintu itu.


Weera merengus sambil menyebak selimut dengan kasar. Rambutnya yang tergerai melewati paras tengkuk dibetulkan dengan jari tangan, diselitkan ke celah telinga. Rambutnya juga sering dijadikan isu untuk Jasnita bergaduh. Sudah kerapkali Jasnita mengarahkan Weera memotong rambutnya yang cantik itu.


Salahkah lelaki Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?


Ini kerana Nabi s.a.w bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang mempunyai rambut, peliharalah ia". Malah Anas bin Malik ada meriwayatkan; maksudnya; “Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya.”


Dari hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang. Asalkan tidak menyerupai perempuan, asalkan tahu menjaganya dengan rapi. 


Malah rambutnya tidaklah terlalu panjang seperti rambut perempuan. Weera mengerling sekilas bayangan diri di dalam cermin! Dia secara semula jadi masih kelihatan tampan walaupun baru bangun tidur. Selepas menyarung baju, Weera kemudiannya berlalu ke pintu.


“Mahu apa?” sergah Weera sebaik sahaja membuka pintu. Di depan matanya tercegat seorang gadis bernama Jasnita dan teman serumahnya, Firdaus.


“Baru bangun?” tegur Jasnita dengan muka masam.


“Mengantuk.” Dia membalas pendek dengan muka selamba sambil mengheret badan dengan langkah malas menuju ke sofa. Tubuhnya dihenyak ke situ dengan tangan mendepang ke bahu sofa. 


“Apa you buat malam tadi sampai mengantuk sangat sekarang ini?” sela Jasnita berdiri dengan tangan bersilang ke dada, memandang Weera dengan muka tidak puas hati. Tiada jawapan keluar dari mulut Weera. Jasnita merengus.


“You sudah lupa ya, you sudah berjanji mahu keluar hari ini, temankan I shopping! Our date is at 10 a.m! Sudah dua jam berlalu!” Jasnita menyambung bebelan apabila Weera buat tidak tahu sahaja.


“Mana ada orang keluar shopping pagi-pagi buta begini. Apa lagi keluar date!” Kali ini Weera bersuara. Tetapi nadanya jengkel sekali tanda rimas. Paling dia tidak suka apabila Jasnita seringkali menerjah masuk ke dalam rumahnya. Tidak tahu menjaga adab sebagai seorang perempuan. Siapa lagi yang membenarkan dia masuk ke situ sekiranya bukan Firdaus. Sudah acapkali dia menegur tetapi kedua-duanya tidak makan saman!


Firdaus yang tercegat, sekadar jadi pemerhati. Situasi ini bukan baru baginya. Setiap kali hujung minggu dia akan dapat menyaksikan pertengkaran secara langsung pasangan tersebut. Sekali sekala dia akan menjadi pendamai bila keadaan sudah tidak terkawal apabila Jasnita mula terjerit-jerit sakit melihat sikap sambil lewa Weera.


“Pagi buta apanya? You tahu tak sekarang sudah pukul 12 tengahari? You memang suka sakitkan hati I! Tak tahu langsung menghargai hati perempuan. Buat apa I jadi kekasih you, sekiranya diri I pun you buat tak tahu?” Jasnita membentak geram, melampiaskan kemarahannya.


“Tolonglah Jas! Jangan asyik membebel tentang benda remeh
seperti itu. Bosanlah!” Weera merungut. Matanya dipejamkan. Rasa mengantuk masih kuat menggayuti kelopak matanya.

“Okey, baiklah… you sudah bosan ya? Sekiranya begitu, lebih baik kita putuskan saja hubungan ini!” jerit Jasnita separuh mengugut. 


Tetapi hatinya sakit sendiri apabila melihat Weera meleretkan senyum sinis dalam keadaan mata terpejam. Siap memeluk bantal hiasan lagi. Badan Weera juga sudah senget ke tepi. Jasnita sudah tidak tertahan lagi. Daripada dia menjadi seperti tunggul, lebih baik dia pulang sahaja. Jasnita bangun bersama rengusan kuat seperti lembu sapi.


“Jas! Tunggu dulu!” 


Bukan Weera yang cuba menahan Jasnita tetapi sebaliknya Firdaus. Tambah bengkak hati Jasnita. Lalu dia tidak mahu menoleh langsung. Terus berlari keluar dari unit kondominium itu.


“Teruk betullah kamu Weera!” komen Firdaus sebaik sahaja kelibat Jasnita hilang dari pandangan.


“Apa hal pula?” soal Weera acuh tidak acuh sahaja.


“Jas mahu putuskan hubungan dengan kamu pun kamu boleh buat selamba saja!” Firdaus merungut geram.


“Ah! Dia main-main. Sengaja mahu ugut aku. Esok lusa, adalah dia datang balik jumpa aku.” Weera membalas selamba. Dia sudah masak dengan perangai Jasnita. Merajuk dua tiga hari. Kemudian, mahu rujuk semula. Perangai yang cukup membosankan! Lagipun biarlah sekiranya Jasnita hendak putuskan hubungan. Memang Weera sudah tidak kuasa lagi meneruskan hubungan mereka.


“Nanti dia betul-betul tinggalkan kamu, baru padan muka!” Firdaus menyindir sinis.
“Aku tidak hairan. Bukan dia seorang saja perempuan dalam dunia ini!” cantas Weera tanpa perasaan.


“Memanglah, tapi dia kekasih kamu, jagalah baik-baik. Berilah perhatian lebih sikit pada dia.” Firdaus  cuba menasihati. Cuba menunjuk pandai sebenarnya. Bahawasanya dialah lelaki paling budiman di dalam dunia ini.


Weera menatap sengit ke arah Firdaus. “Eh? Kamu jangan masuk campur dalam urusan aku ya! Cermin diri kamu dulu sebelum nasihatkan aku. Kamu yang sepatutnya jaga tunang sendiri baik-baik!” sergah Weera dengan rasa geram. Kurang senang dengan sikap Firdaus yang suka campur tangan dalam urusannya dengan Jasnita. Walhal dia sendiri tidak pernah ambil tahu siapa tunangan Firdaus.


Mendengarkan jawapan Weera itu, Firdaus sudah tidak kuasa lagi mahu melayan. Apatah lagi bila melihat Weera sudah mula merebahkan badan tanda mahu menyambung tidur. Tidak ada gunanya bercakap dengan Weera lagi.


Tidak lama selepas itu, Weera mula hanyut dibuai mimpi siang hari.

3
KELUAR dari bilik mesyuarat, Weera segera membelek telefon bimbitnya. Sejak dari mula mesyuarat pembentangan kertas cadangan iklan terbaru tadi, telefon bimbitnya tidak berhenti bergetar. Memang dia sengaja menetapkan aturan telefon bimbit kepada ‘silent & vibrate’ mode. Supaya pembentangannya tidak terganggu. Aturan telefon ditetapkan kembali kepada normal. Weera menggeleng kepala apabila melihat senarai panggilan tidak berjawab dan SMS yang diterima. Kebanyakannya adalah panggilan dan SMS daripada Jasnita. 


‘Aku sudah agak! Mesti dia mahu ‘rujuk’ semula. Huh! Cakap tidak serupa bikin!’ Weera merungut di dalam hati tetapi tangannya tetap membaca satu per satu SMS yang diterima.


From : Jas - Wee, I miss u! Did u miss me?


From: Jas - I’m sorry! I tak sengaja bila ckp nak break-off tu. Masa tu hati I tengah sakit. In fact, I still love u!  Please! Answer me! I nak jumpa u!


Itu antara SMS yang mahu dibaca Weera. Selebihnya terus dipadamkan. Tidak suka menyimpan SMS tidak penting lama-lama di dalam telefon bimbit. Tangan Weera segera menaip balasan SMS buat Jasnita. 


To: Jas - I sedang meeting tadi. Sekarang mahu keluar jumpa client. Jumpa malam di tempat biasa, waktu biasa. I ada perkara mahu berbincang dengan u. Bye.


Weera nekad. Dia mahu menyelesaikan masalah dengan Jasnita. Penyelesaiannya dengan mengambil jalan memutuskan hubungan! Biar aman hidupnya! Tidak sampai beberapa saat Weera menghantar SMS tersebut, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan masuk dari Jasnita. 


“Aduh! Dia tidak fahamkah maksud ‘bye’ di hujung SMS aku itu?” rungut Weera. Panggilan tersebut diabaikan. Dia tiada hati mahu menjawab panggilan telefon Jasnita yang pastinya sekadar mahu merengek-rengek meminta maaf. Buang masa sahaja!


From: Jas - Ok. I tunggu u pukul 8 malam ini.


SMS itu amat melegakan Weera. Jadi dia tidak perlu kelam-kabut lagi memikirkan karenah Jasnita.


******************************
LEWAT jam sebelas malam, barulah Weera tiba di kondominiumnya di Casa Tiara, Subang Jaya. Letihnya dia tidak terkira lagi. Seharian berkejar ke sana ke mari. Menghadiri mesyuarat dan kemudiannya bergegas pula ke lokasi penggambaran iklan di KLCC Park. Tugas selaku Creative Director menuntut Weera mengorbankan masa dan sepenuh tenaga. Komitmen yang diberikan Weera juga bukan calang-calang. Kerana itu dia tidak pernah gagal menjayakan kerjanya. 


“Tajul Aweera!”


Suara nyaring itu menyentap pendengaran Weera ketika dia melangkah masuk ke dalam unit kondominiumnya. Dia terkaku seketika di depan pintu yang baru sahaja ditutup. Kelihatan Jasnita duduk di sofa dengan muka masam. Firdaus juga ada di sisinya. Seperti sangat prihatin terhadap Jasnita. Terbit rasa curiga di hati Weera.


“Eh? Apa you buat berduaan dengan Firdaus dalam rumah I? Siapa benarkan you naik ke sini bila I tidak ada?” Sengaja Weera menekan perkataan ‘rumah I’ sambil menjeling ke arah Firdaus. Lelaki itu tertunduk. Sah! Dia yang membenarkan Jasnita naik ke unit kediaman Weera. Kerana tanpa kad sekuriti, orang luar tidak akan dapat naik ke sini, melainkan diinterkom oleh pengawal di lobi.


“Jangan salahkan Fir! I datang ke sini kerana mahu mencari you!” bentak Jasnita lalu berdiri. Tangannya disilang ke dada. Matanya mencerun sambil bibirnya diketap-ketap. Menatap Weera dengan marah.


“Buat apa datang ke sini cari I? Bukankah I sudah berjanji akan…” Tiba-tiba ayat Weera terhenti di penghujungnya. Bibir bawahnya diketap sambil tangan kirinya menggaru kening. Mula tersedar akan sesuatu yang lebih menjurus kepada kesilapannya sendiri. Dia benar-benar terlupa!


“Kenapa diam? You memang suka mungkir janji Wee! Macam orang bodoh I tunggu you di cafĂ©. You tak jawab panggilan I. You memang tak sayang I lagi!” Jasnita sudah sebak. Kenapalah kekasih hatinya itu tidak pernah prihatin terhadap dirinya? Dan dia sendiri tidak mengerti mengapa dia masih tega berkasih dengan Weera. Mungkinkah kerana rupa paras Weera yang kacak? Jasnita tidak pasti kenapa. Ada banyak kelebihan pada diri Weera yang membuatkan dia selalu rasa sukar mahu melupakan lelaki itu. 


“I bukan sengaja. Tadi I sibuk sangat...” Suara Weera mendatar namun dia enggan meminta maaf. Egonya masih menebal walau sedar itu salahnya sendiri kerana sudah terlanjur berjanji dengan Jasnita yang jenis menuntut. 


“Sibuk! Sibuk! Itu sajalah alasan you! I betul-betul sudah bosan. Sekiranya beginilah sikap you, lebih baik I cari orang lain saja!” Jasnita membentak. 


Sudahnya Weera naik berang. Didorong oleh rasa marah, Weera berkata dengan tegas, “Itu sajalah kerja you! Tidak habis-habis ugut I. Sekiranya you teringin sangat mahu cari orang lain, pergilah! I tidak hairanlah! I pun memang sudah bosan dengan perangai you! Kita putus!” Weera semakin  muak mendengar desakan dan ugutan yang sama dari Jasnita. Sudahlah sekarang ini dia kelihatan, Jasnita pula tidak habis-habis mengungkit perkara basi.


Tanpa menghiraukan Jasnita, Weera berlalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik sengaja dihempas kuat sebagai tanda protes membuatkan Jasnita terkejut bukan kepalang lagi. Ugutannya sudah tidak memberi kesan kepada Weera. Sebaliknya lelaki itu nampak bersungguh-sungguh mahu memutuskan hubungan.


Airmata Jasnita mengalir laju melihat sikap Weera. Jelas, lelaki itu tidak mengambil berat tentang perasaannya lagi. Jelaslah kini dia yang perasan sendiri. Weera tidak pernah mahu mempertahankan cinta mereka. Jasnita menangis teresak-esak. 


Firdaus yang memerhati, berasa simpati. Dengan suara lembut, dia berusaha memujuk Jasnita, “Sabarlah Jas… jangan menangis. Bukannya you tidak tahu perangai Weera macam mana sekiranya dia marah. Sabarlah…” Firdaus duduk di sisi Jas.


“I sedih…kenapa dia sanggup buat I begini?” Jasnita merintih.


Firdaus tidak berkata apa. Sebaliknya meraih Jasnita ke dalam pelukannya. Citra lelaki budiman ditampilkan di hadapan Jasnita, mengusap lembut kepala Jasnita. Merasa terlindung dalam pelukan Firdaus, Jasnita langsung membenamkan mukanya ke dada Firdaus. Lupa bahawa mereka berdua bukannya mahram!


******************************
JASNITA menggeram di bangku. Menatap Weera dengan pandangan tajam. Namun dia jadi sakit hati melihat Weera tidak memberikan apa-apa ekspresi. Hanya duduk diam membisu seribu bahasa dengan mata lurus menatap langit. Sudah hampir lima belas minit Weera begitu sejak mereka duduk di KLCC Park ini.


“Cantik sangatkah langit itu sampai you tidak mahu pandang muka I lagi?” Jasnita bertindak menyelar sengit.


Weera mengalih pandangan, menancapkan renungan tajam ke muka Jasnita. Rahang diketap. “Memandang langit buat aku ingat kepada Tuhan. Bukan bererti aku percaya Tuhan ada di atas sahaja, tapi aku percaya DIA ada di mana-mana, bahkan dalam hati aku juga sekarang ini yang sedang gelisah memikirkan karenah kamu.” 


Mata Jasnita terbelalak. “Kenapa you bahasakan diri ‘aku’ ‘kamu’ dengan I?” Itu yang ditanya Jasnita. Terkejut sungguh dia.


“Bukankah semalam kita sudah putus?” Weera mengingatkan andai Jasnita mengalami hilang ingatan jangka pendek.


“Siapa cakap?” bentak Jasnita.


Weera terhenyak. Matanya dicerunkan memandang Jasnita. “Kamu hilang ingatan atau sengaja buat-buat lupa?” 


Jasnita menggelisah. Masakan dia boleh lupa pada sebaris kata keramat yang keluar dari mulut Weera malam tadi, ‘kita putus!’. Cuma hari ini apabila bangun dari tidur, ingatannya melekat terus kepada Weera membuatkan dia cuba menidakkan kata-kata Weera itu. 


“Sebab itulah I ajak you berjumpa hari ini. I mahu minta maaf…” Jasnita melirihkan suara. Cuba meraih simpati Weera dalam masa yang sama, cuba meraih tangan Weera. Tetapi Weera beringsut, menjarakkan diri, malah siap berpeluk tubuh.


“Jijik sangatkah I?” rengus Jasnita. Ini bukan kali pertama Weera mengelak daripada berpegangan tangan dengannya. Malah sepanjang mereka berhubungan, tidak pernah sekali Weera mahu berjalan berpimpin tangan dengannya. Weera lebih rela menyeluk tangan ke dalam saku seluar.


Weera menarik nafas sedalamnya. Dilepaskan dengan kasar lagi renyah. “Bukan kerana aku jijik, Jas. Tapi berapa kali aku mahu ingatkan kamu, bahawa antara kita tiada apa-apa ikatan yang halal? Kita bukan mahram.”


“Jadi, halalkanlah. Kita kahwin!” Jasnita bijak menggunakan kesempatan itu. 


Weera terpekur sejenak. Mengusap muka berkali-kali kemudian mengeluh, “Sudah tidak ada agenda kahwin. Aku sudah putuskan hubungan dengan kamu Jas! Aku yang memutuskan kerana kita jelas tidak sesuai jadi pasangan suami isteri!”


Mata Jasnita terbeliak, terkejut melihat wajah Weera yang kelihatan begitu tegar. Dengan perasaan bengang, dia bertanya, “You betul-betul maksudkannya? You sudah tidak sayangkan I lagi? Habis selama ini, you anggap I apa? Bukannya calon isteri you?”


Weera memejamkan mata, seperti yang dia duga, susah mahu menerangkan segalanya kepada Jasnita. “Masalahnya sekarang, hati aku sudah tawar dengan kamu, Jas. Aku rasa mampu lagi meneruskan hubungan ini sekiranya kita sering berantakan begini. Ini sudah cukup untuk jadi petanda bahawa kita tidak akan bahagia sekiranya terus bersama.”


“Sebab you yang sering buat hal. Selama ini you yang selalu mungkir janji! You tidak pernah mahu memeluk I seperti pasangan lain! You tidak pernah mahu faham perasaan I sebagai kekasih you!” jerit Jasnita seperti perempuan histeria. Sudah tidak peduli jika ada mata yang memandang.


“Selama ini juga, pernahkah kamu cuba faham perasaan aku? Pernah kamu ambil peduli pada keinginan aku yang mahu kamu berubah. Sekurang-kurangnya, solatlah lima waktu biar cukup! Tapi kamu sering marah-marah bila aku tegur kamu!” Weera meningkah.  


“Jangan tunjuk alim Weera! Buat apa I menurut cakap you? You belajar pun setakat di The One Academy, tidak sampai ke Mesir. Kerja you pun Creative Director, setiap hari lihat perempuan pakai baju tidak cukup kain. You bukannya ustaz! Silap hari bulan, you ajar amalan sesat kepada I!” bentak Jasnita sekeras-kerasnya.


“Astaghfirullahalazim…” Weera tunduk meramas rambutnya. Bergoncang hatinya mendengar kata-kata lancang dari mulut Jasnita. “Sekiranya begitu fikiran kamu terhadap aku, terpulanglah. Tapi sekarang aku bertambah yakin, kita memang tidak sesuai jadi suami isteri!”


“Senang saja you cakap! Jangan-jangan you sudah ada perempuan lain!” tuduh Jasnita, mulai berprasangka buruk.


“Tidak ada!” Weera menafikan.


“Habis, sekiranya tidak ada perempuan lain, you mahu berkahwin dengan siapa kalau bukan dengan I?” Jasnita mencondongkan sedikit badannya agar Weera menoleh dan melihat tepat kepadanya. Tetapi lelaki nampaknya lebih rela memandang rumput!


Weera masih menunduk dan bergumam, “Dengan sesiapa sahaja, asalkan ALLAH buka pintu hati aku untuk berkahwin dengannya. Asalkan dia mahu menurut bimbingan aku sebagai suami. Asalkan dia dapat menerima teguran aku walaupun aku tidak belajar sampai ke Mesir untuk menyakinkannya bahawa aku tidak akan mengajarnya ilmu sesat!”


Jasnita ternganga, merasa tersindir mendengar kata-kata Weera. “Nanti dulu Wee!” Jasnita cuba menahan apabila melihat Weera bangun.


“Sudahlah Jas. Aku penat… sudah letih menghadapi karenah kamu. Aku sudah tidak mahu meneruskan hubungan yang tiada erti seperti ini. Kita putus!” tegas Weera.


“Wee! Janganlah begini. Berilah aku peluang!” Jasnita mula kalut menyesali keterlanjurannya. Airmatanya mula bertakung, menanti masa untuk keluar.


Keluhan panjang terbit dari bibir Weera. Dia menjelaskan buat kali terakhir, “Sudah banyak peluang yang aku beri kepada kamu. Tetapi semakin banyak peluang aku beri, semakin aku sabar dengan kamu, semakin tega kamu memperlekehkan aku. Kamu selalu buat aku kecewa dengan sikap kamu yang tidak pernah mahu menghormati aku. Cukuplah. Aku tidak mahu membuang masa lagi. Mulai hari ini, kita sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Carilah lelaki lain yang lebih memahami kamu.” 


Weera melepaskan nafas lega setelah berkata demikian. Tanpa menoleh lagi, dia menghayun langkah meninggalkan Jasnita.


Esakan terhambur keluar dari mulut Jasnita. Tetapi Weera nekad untuk pergi. Dia tidak mahu berbalik melihat Jasnita apalagi memujuk gadis itu. Dia tahu keputusan ini adalah yang terbaik untuk dirinya. 


4
FIRDAUS memandang Weera yang sedang bersenang-lenang menonton perlumbaan Formula 1 di TV. Selama hampir lapan bulan tinggal bersama Weera, sudah banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di dalam diri Firdaus. Mereka sebaya tetapi dalam usia muda begitu, Weera sudah mampu tinggal di kondominium mewah dan punya kereta idaman. Walaupun Weera terkenal sangat komited kepada kerja, tetapi Firdaus merasakan Weera tidak berhak untuk menikmati kesenangan hidup seperti sekarang. Weera sangat angkuh dan tidak pernah menghiraukan perasaan orang lain.


Lihat sahaja bagaimana layanan Weera terhadap Jasnita. Nama sahaja bercinta selama dua tahun, tetapi Weera tidak pernah menunjukkan reaksi positif mahu menamatkan hubungan itu dengan ikatan perkahwinan. Jauh sekali hendak bertunang. Setiap kali pengawal membuat panggilan melalui interkom, Firdaus yang membenarkan Jasnita naik ke kondo Weera ini. Dia tidak sanggup melihat Jasnita menunggu Weera seperti orang bodoh di lobi kerana lelaki itu tidak akan turun menemuinya. Firdaus tidak mengerti mengapa Weera sanggup memperlakukan Jasnita sedemikian rupa sedangkan gadis itu amat cantik rupa parasnya. Sedikit sebanyak perasaan simpati terhadap Jasnita mula tumbuh dalam diri Firdaus apabila Jasnita baru sahaja mengadu kepadanya bahawa Weera memutuskan hubungan dengannya. 


“Weera… aku ada hal mahu berbincang dengan kamu...” Firdaus bersuara. Duduk di kerusi meja makan tidak jauh dari sofa tempat Weera berbaring. Walaupun mereka tinggal serumah, antara dia dan Weera bagaikan ada batas tercipta. Mereka tidak mesra dan hanya bertegur sapa jika bersua muka. Untuk duduk berbual-bual, tidak sama sekali.


“Apa dia?” Weera bertanya tetapi masih tidak mengalihkan pandangan dari kaca TV Plasma 42” itu.


“Aku rasa kamu terlampau ego!”


Bagaikan peluru kata-kata Firdaus menembak pendengaran Weera. Dia tertegak di atas sofa. Matanya terus menikam pandang ke muka Firdaus. “Kenapa kamu tuduh aku begitu?” Weera menggerutu, kurang senang mendengar tuduhan Firdaus.


“Sebab kamu selalu tidak pedulikan perasaan Jasnita!” tegas Firdaus.


“Kenapa kamu cakap aku tidak pedulikan dia? Sekiranya aku tidak pedulikan dia, dari dulu lagi, aku sudah putuskan hubungan dengan dia! Tapi hanya sekarang aku putuskan hubungan dengan dia.” Weera membela diri.


“Tapi sejak dulu kamu tidak pernah berhajat mahu berkahwin dengan dia, bukan? Aku tahu, kamu buat begitu hanya kerana mahu membalas dendam!” Firdaus mengemukakan telahannya.


“Dendam apa? Apa benda yang kamu cakapkan itu? Jangan tuduh aku sembarangan, okey!” Weera sudah mengepal penumbuk. Menyampah melihat sikap Firdaus yang terang-terangan membela Jasnita. Macamlah Jasnita itu kekasihnya!


“Kamu dendam pada mama kamu! Sebab mama kamu lari tinggalkan kamu semasa kamu kecil! Sebab itulah kamu dendam pada perempuan! Dan sekarang ini Jasnita jadi mangsa kamu!” Firdaus semakin giat melemparkan tuduhan.


“Jaga sikit mulut kamu Firdaus! Sekiranya tidak mengenangkan kamu sekampung dengan aku, sudah lama aku halau kamu keluar dari rumah ini!” Weera memberi amaran. Keras nada suaranya menahan amarah.    


“Sebab kita sekampunglah, maka aku kenal sangat dengan perangai kamu! Jangan kerana mama kamu yang tidak betul itu, kamu dendam dengan semua perempuan dalam dunia ini. Bukan semua perempuan buruk perangai
seperti mama kamu!” Firdaus semakin tidak mempedulikan perasaan Weera lagi. 

Weera berasa berang lalu dia berteriak, “Firdaus! Kamu jangan tuduh mama aku yang bukan-bukan! Kamu tidak kenal mama aku macam mana!”
“Mama kamu memang teruk! Murtad!” hambur Firdaus lagi.


Weera sudah tidak dapat menahan kesabaran saat mendengar perkataan ‘murtad’ yang keluar dari mulut Firdaus. Sepantas kilat dia bangun, meluru ke arah Firdaus. Terus menghayun penumbuk ke muka Firdaus tanpa ragu-ragu lagi. Akibat tumbukan kuat itu, Firdaus terjatuh. Bibirnya sudah pecah berdarah. 


“Celaka kamu Weera!” Firdaus menyeranah sambil mengesat luka di bibirnya. Namun dia tidak berani pula mahu membalas serangan Weera. Takut sekiranya Weera mengeluarkan ilmu Muay Thai. Dulu ketika kecil, Weera terkenal handal dalam sukan Muay Thai. Kerana itulah ramai budak lelaki tidak berani mengganggu Weera apabila mereka mengejek tentang mamanya. 


“Kamu yang cari pasal dengan aku! Jangan sesekali kamu sentuh soal keluarga aku terutamanya tentang mama aku! Kamu tidak tahu apa-apa tentang dia!” Muka Weera sudah merah padam. Perasaan marahnya terhadap Firdaus terasa sukar dibendung lagi. Dadanya turun naik mengatur nafas kasar. Cuba meredamkan gelombang hebat di hatinya.


“Ah! Satu kampung tahu mama kamu murtad! Lari ikut jantan lain balik Siam!” hambur Firdaus tanpa mempedulikan kemarahan Weera. 


Dengan penuh perasaan geram, Weera mencapai bekas kaca dari atas meja. Tanpa berfikir panjang, dia melemparkan bekas itu. Firdaus panik. Pantas mengangkat tangan melindungi mukanya.


Prang!!! Bekas itu pecah berderai di atas lantai. Sipi sahaja mengenai Firdaus. Dia tertelan air liur. Terkejut dan gerun juga melihat tindakan berani Weera.


“Sekiranya kamu sentuh lagi tentang mama aku, aku akan kerjakan kamu cukup-cukup!” tempik Weera sambil mengacungkan tangan dekat ke muka Firdaus. Jika diturutkan amukan rasa di jiwa, ingin sahaja Weera melepaskan lagi tumbukan semahunya ke muka lelaki itu. Biar bersepai gigi Firdaus. Biar mulutnya herot tidak dapat bercakap lagi. Tetapi istighfar berterusan di dalam hati sedikit sebanyak berjaya memalapkan api kemarahan Weera.


“Ah! Sekiranya bukan kerana mama kamu pun, ini semua mesti sebab Ray!” Firdaus masih berani lagi mahu mengapikan perasaan Weera.


“Apa hal kamu kaitkan Ray pula?” Weera mengetap gigi. Firdaus kini begitu kecil di pandangan matanya.


“Sebab kamu dengan Ray ada skandal! Mengaku sajalah kamu seorang gay! Selalu buat hubungan songsang dengan Ray! Kamu terkutuk!” Firdaus bagai dirasuk syaitan untuk terus menyakiti hati Weera.


Buk! Tanpa kompromi lagi, satu tumbukan padu melayang laju mengenai pipi Firdaus. Kepalanya terteleng ke sisi. Weera mengepal penumbuk dengan muka bengis. Seakan mahu melepaskan satu lagi tumbukan. Tetapi dia cepat-cepat berisghtifar di dalam hati. Segera menapak menjauhkan diri dari Firdaus sebelum syaitan terus-terusan menghasut dan meniupkan api kemarahan di jiwanya.


“Kamu jangan kurang ajar dengan aku! Kamu belum kenal siapa aku, dan kamu langsung tidak kenal siapa Ray! Jangan sesedap mulut menuduh kami yang bukan-bukan. Mind your own business maggots!” Kemarahan Weera benar-benar di tahap maksima. Firdaus yang sengaja menaikkan kembali kemarahannya yang hampir pudar tadi. Firdaus benar-benar melampau!


Weera kemudiannya berlalu masuk ke dalam bilik. Jika dia berlama lagi di situ, pasti mati Firdaus dikerjakannya. Pintu dihempaskan sekuat hati. 


“Dasar anak tidak cukup diajar!” cemuh Firdaus sambil memandang ke arah pintu bilik Weera yang tertutup rapat.


“Jaga kamu Weera! Aku akan balas balik apa yang kamu lakukan terhadap aku selama ini! Tahulah nasib kamu nanti!” Firdaus berazam sendiri. 


Sakit ditumbuk, sakit lagi hatinya. Keinginan untuk melihat hidup Weera musnah, begitu menebal dalam dirinya kini.


******************************
WEERA menghidangkan lauk di atas meja. Sementara Ray masih sibuk menyiapkan lauk terakhir di dapur. Itu rutin mereka setiap kali tiba hujung minggu. Ziarah-menziarahi dan menghabiskan masa di rumah dengan menonton DVD.  


Ketika menyusun pinggan, Weera melihat Firdaus keluar dari bilik tetapi tidak memandang kepadanya.


“Firdaus, marilah makan sama.” Weera mempelawa atas dasar menghormati teman serumah. Lupa pada persengketaan mereka semalam. Lagipun bukan sikapnya mahu bermasam muka tidak tentu hala.


Tetapi Firdaus mengerling sinis. “Jangan pura-pura baik dengan aku! Aku benci manusia munafik
seperti kamu!”

Mata Weera mula mencerun. Merasa agak panas hati mendengar tuduhan Firdaus. “Aku ajak kamu makan tengahari, kenapa sampai cakap aku munafik pula?” 


Tidak semena-mena Firdaus ketawa mengejek melihat keterpingaan Weera itu. “Kamu sudah lupa ya? Semalam kamu sudah tumbuk aku, kamu lempar pasu sampai nyaris buat aku cedera dengan kaca, sekarang kamu mahu ajak aku makan tengahari pula? Bukankah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kamu manusia munafik!” 


Terkaku seketika Weera mendengarnya. Firdaus masih marah kepadanya. Lalu dengan rasa rendah diri, Weera bersuara, “Semalam aku terlalu marah… aku minta maaf. Aku tidak mahu berdendam dengan kamu. Kita serumah. Tidak halal bagi seorang Islam tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa tetapi seorang berpaling ke tempat lain dan seorang lagi ke tempat lain. Lebih baik kita bertegur sapa.”


“Ah! Jangan tunjuk alim, Weera!” Firdaus memandang dengan mata menantang. Ketika itu dia lihat Ray sudah berdiri di belakang Weera. Memasang tampang ingin melindungi Weera. Membuatkan Firdaus mencebikkan bibir. “Tidak berdosa sekiranya aku tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat
seperti kamu dengan Ray!”

Weera tersentap. Dia ingin meluru ke arah Firdaus tetapi Ray mencengkam bahunya. Menghalang dia dari bertindak. 


“Kamu jangan naikkan darah aku! Aku elok-elok, kamu sengaja buat hal pula!” Weera memberikan amaran.


Firdaus mencemikkan wajah. “Tengok… baru sentuh sikit tentang Ray, sudah melenting tidak tentu hala. Tetapi sekiranya dengan Jasnita, kamu selamba saja! Betullah… memang ada sesuatu antara kamu dengan Ray. Seorang anak terbuang, seorang lagi bujang terlajak… dua-dua dahagakan kasih sayang!“


Hati Weera membara mendengarnya. Firdaus kelihatan semakin mengecil di matanya. Dia menepis tangan Ray dari bahunya, mahu menerpa ke arah Firdaus. Namun Ray pantas memaut pinggangnya. Memeluknya kemas dari belakang. 


“Lepaskan aku Ray! Biar aku ajar dia!” Weera meronta-ronta. Tetapi Ray semakin mengemaskan pelukan.


“Sabar!” tegas Ray, tidak mahu melepaskan Weera. Dia sudah faham benar, Weera selalu tewas dengan kemarahan setiap kali menghadapi Firdaus.


Firdaus tiba-tiba menggeledikkan badan, lalu berkata dengan nada mengejek, “Heee…gelinya aku! Main peluk-peluk dari belakang pula! Macam sudah pro! Nauzubillah… takut aku berhadapan dengan kaum Nabi Lut di dunia moden ini!”


“Firdaus!!!” tempik Weera. Matanya mencerlang garang.


Firdaus bahkan mempamerkan muka mencemuh dan menambahkan lagi ayat menyindirnya, “Aku mahu keluar sekarang… buatlah apa yang kamu suka dengan Ray dalam rumah ini. Lagipun rumah ini rumah kamu… jadi buatlah maksiat sepuasnya dengan bapa ayam kamu itu sementara aku keluar!”


Dalam pelukan Ray, Weera mengepal-ngepal penumbuk. Berusaha keras menahan marahnya. “Ya… ALLAH… Ya Tuhanku!” Mata Weera tajam melihat kelibat Firdaus keluar dari rumah. 


Setelah pasti Firdaus tidak muncul lagi, barulah Ray melepaskan Weera. Penat menahan amukan dalam dada, Weera lantas menarik kerusi lalu duduk. Kerana antara cara-cara menahan marah menurut Islam – selain mengambil wudhuk - jika semasa timbul perasaan marah, seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia berbaring. Weera menopang kepala dengan kedua belah tangan. Dadanya masih berombak kencang.  


Ray menyodorkan segelas air kosong ke depan Weera. “Minum… biar kemarahan kamu hilang.”


Weera patuh arahan Ray lalu minum air sehingga habis. 


Ray memegang bahu Weera dan berkata, “Wee… sudah berapa kali aku ingatkan, supaya bersabar. Janganlah diturutkan sangat perasaan marah kamu itu.”


Weera melepas nafas kasar lalu memandang Ray. “Tapi kamu dengar sendiri apa yang dia cakap tadi. Semua yang dia cakapkan itu cukup menyakitkan hati!”


Ray mengeluh sejenak sebelum bersuara, “Iya… aku tahu… tapi sekiranya kamu selalu jadi tidak sabar seperti tadi, dia lagi seronok mengenakan kamu. Sudahlah… pedulikanlah dia mahu kata apa. Tenangkan diri kamu. Aku tidak mahu selera kamu mati. Nanti rugi sahaja aku masak lauk sebegini sedap.”


Mendadak tawa Weera meletus. “Puji diri sendiri nampak?”


Ray sekadar tersenyum. Melihat Weera tertawa, cukup buat dia rasa gembira.
Continue Reading...